CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Melaka] 'Doktor kata saraf-sarafnya akan terus mati'

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Alor Gajah: "Harapan untuk anak ketiga pulih daripada penyakit spina bifida (tulang belakang bengkok) dan hidrosefalus (lebihan cecair dalam kepala) ini mungkin tiada kerana doktor kata banyak sarafnya termasuk paru-paru sudah mati dan akan terus mati," kata Mohd Izwan Aris, 41.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, anaknya, Mohd Waiz, berusia tujuh tahun disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir selain terpaksa mengesot disebabkan tidak mempunyai deria rasa pada bahagian pinggang hingga ke bawah.

"Malam selepas dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, anak dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menjalani pembedahan menampal luka pada bahagian belakang badan akibat tulang belakang bengkok yang bergesel dengan dinding rahim.

"Dua minggu kemudian kepalanya mula membesar dan dia sudah dua kali dibedah bagi memasang tiub khas untuk mengeluarkan cecair daripada kepalanya.

"Syukur, ketika hendak dibedah kali ketiga doktor sahkan tiada lagi cecair berlebihan dalam kepalanya," katanya kepada Harian Metro.

Dia bersama isterinya, Hafizah Abd Rahman, 35, yang menetap di Tangkak, Johor ditemui pada Program Bulan Kesedaran Hidrosefalus anjuran Yayasan Budi Ihsan (YBIM), di sini, baru-baru ini.

Mohd Izwan berkata, anaknya juga kerap mengalami semput dan berkahak akibat saluran pernafasan sempit dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan 'Continuous Positive Airway Pressure' (CPAP).

"Sejak usianya tiga bulan lagi dia selalu alami tidak cukup oksigen hingga tubuhnya jadi kebiruan dan perlu memakai alat penafasan setiap masa untuk bernafas dengan selesa.

"Dua kali sehari luka di bahagian belakangnya perlu dicuci kerana masih belum sembuh disebabkan banyak bergerak.

"Dia faham apa kita kata tapi tidak dapat membalas dan hanya boleh menyebut perkataan tertentu seperti 'mak', 'kakak' dan 'abang' sahaja," katanya sambil memaklumkan anaknya turut mengikuti Pendidikan Dalam Komuniti di rumah.

Mohd Izwan yang bekerja sendiri berkata, setiap bulan dia membelanjakan kira-kira RM3,000 bagi perubatan anaknya termasuk pembelian susu khas, lampin pakai buang dan ulang-alik dari rumah ke hospital manakala kos penyelenggaraan mesin CPAP sebanyak RM1,500 setahun.


MOHD Izwan dan Hafizah tabah menjaga Mohd Waiz yang menghidap spina bifida dan hidrosefalus. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nya-akan-terus-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.694573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list