CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Perak] Berjanji setia hingga akhir hayat

[Copy link]
Post time 11-6-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Parit Buntar: "Saya nak bersama dan jaga suami hingga ke akhir hayat.

"Walau keadaannya begitu, saya terima kerana dia jadi begitu pun ketika cari rezeki buat kami anak beranak," luah Norita Mohd Aziz.

Norita, 38, adalah ibu kepada tiga anak yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga sejak suaminya, Abu Hasan Abdullah, 41, kudung kedua belah kaki akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2018.

Demi kelangsungan hidup, Norita yang menetap di Taman Perumahan Awam Sungai Dungun, Kuala Kurau, di sini sanggup bekerja sebagai buruh ladang da melakukan kerja berat termasuk memandu traktor demi menyara keluarga.

Berkongsi kisahnya, Norita mengakui hilang arah selepas suaminya ditimpa ujian kerana anak masih kecil dengan yang bongsu baru berusia setahun ketika itu.

"Kemalangan berlaku pada 11 Jun iaitu empat hari sebelum Aidilfitri yang mana lori dipandu suami terbabas dan merempuh pokok selepas mengelak sebuah motosikal.

"Kaki kirinya hancur dan setahun kemudian kaki kanan pula dipotong bagi mengelak jangkitan kuman dan dia hanya ada satu punggung saja.

"Dua bulan juga suami ditahan di wad hospital dan waktu itu, dia (suami) hilang ingatan malah ingat anak saja. Hanya Allah tahu perasaan saya ketika itu namun keluarga dan rakan banyak membantu memberi sokongan hingga saya dapat bangkit semula," ketika dihubungi Harian Metro.

Norita berkata, dia juga bersyukur kerana ketiga-tiga anaknya faham kepayahan dilalui dan tidak pernah merungut jauh sekali meminta sesuatu di luar kemampuannya.

Berkongsi rutin hariannya, Norita berkata, dia keluar bekerja di ladang seawal 6.30 pagi dan pulang jam 2 petang kemudian sambung kerja lebih masa dari 3 hingga 6 petang untuk dapat pendapatan lebih.

"Alhamdulillah, saya sempat masak dan uruskan keperluan suami juga anak sebelum serta selepas pulang dari kerja.

"Anak-anak pun sudah pandai berdikari jadi mudah sikit urusan saya.

"Bab mengurus suami, tiada masalah walaupun perlu mengangkatnya kerana sudah biasa dan tak berasa berat.

"Cuma, saya kena biasakan diri buat kerja menukang seperti betulkan bumbung rumah yang bocor kerana suami memang sudah tak boleh buat jadi saya yang perlu lakukannya sendiri," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Norita berkata, dia tiada niat meraih simpati namun sekadar mahu mengumpul pengikut di platform berkenaan.

"Saya nak berniaga jadi cuma kumpul pengikut di TikTok dengan harapan mereka dapat sokong perniagaan sekali gus jana pendapatan bagi menyara keluarga, itu saja," katanya.

Sementara itu, suaminya, Abu Hasan bersyukur kerana isterinya masih setia dan sanggup berkorban menjaganya juga anak mereka demi kelangsungan hidup.

"Ada ketika, saya berasa tak berguna juga tetapi apakan daya, keadaan diri membataskan untuk cari rezeki macam dulu.

"Sebelum ini, saya ada terima elaun bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun kini tidak lagi dengan alasan tak terlantar dan sudah boleh berdikari.

"Hakikatnya, saya masih OKU dan berharap ada pertimbangan untuk saya dapatkan semula bantuan bagi meringabkan beban isteri," katanya.


NORITA berjanji untuk setia bersama suaminya, Abu Hasan sehingga akhir hayat. FOTO Ihsan Norita Mohd Aziz

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... akhir-hayat-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.180700 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list