CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Selangor] Kanak-kanak tertelan duit syiling kerana disangka ‘cookies’

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar ujian imbasan X-ray menunjukkan duit syiling yang berada dalam usus kanak-kanak tersebut

PETALING JAYA – Seseorang kanak-kanak tertelan duit syiling 10 sen selepas disangka objek itu adalah ‘cookies’.

Menurut perkongsian Azmeer_mahmud di akaun TikTok miliknya, dia menyedari kejadian tersebut apabila anak perempuannya datang mengadu sambil menangis kerana tertelan duit syiling.

Azmeer kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor tanya kenapa telan duit, dia jawab Ara (anak) ingat Cookies,” katanya.

Jelas Azmeer, doktor segera membuat ujian imbasan X untuk mengenal pasti kedudukan syiling tersebut sebelum didapati berada di usus.

“Ketika itu rasa lega sikit sebab syiling tersebut melekat pada kerongkong. Doktor minta pantau selama seminggu. Puaslah beri dia minuman susu berkultur dan pisang supaya dia dapat ‘membuang’,” katanya.

Tambahnya, setelah beberapa hari, duit syiling tersebut berjaya dikeluarkan pembedahan.

Azmeer menasihati ibu bapa agar peka dengan keadaan anak-anak supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Mana (individu) yang ada anak kecil sentiasa pantau mereka. Alhamdulillah, anak saya bernasib baik,” ujarnya.

Perkongsian itu kemudian tular sehingga memperoleh lebih 60,000 tontonan dan 1,694 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... a-disangka-cookies/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list