CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Selangor] Lelaki amuk dipanggil pakcik, ditahan

[Copy link]
Post time 10-6-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Bengang dipanggil dengan gelaran `pakcik' menyebabkan seorang lelaki berusia 50 tahun mengamuk di sebuah restoran di Putra height di sini.

Dalam kejadian jam 9 pagi, 6 Jun lalu, suspek dikatakan berang dan meminta supaya pekerja terbabit memanggilnya dengan panggilan `abang' atau `baby'.

Suspek bagaimanapun ditahan polis jam 1 pagi semalam di kedai dobi layan diri di Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati suspek tidak bekerja.

"Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan kes tipu, menghalang penjawat awam dan membuat ugutan.

"Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini, tular video memaparkan lelaki terbabit mengamuk secara tiba-tiba hingga sanggup mencederakan seorang kanak-kanak.

Suspek turut bertindak mengamuk lalu membaling makanan serta minuman panas sehingga terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Selepas mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan, suspek turut menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda serta membuat kacau.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggil-pakcik-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.311836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list