View: 694|Reply: 4
|
Billie Eilish Bengang Dikritik Berubah Tampil Lebih Feminin
[Copy link]
|
|
Keliru. Itu yang dirasakan penyanyi Billie Eilish terhadap kehendak peminat berhubung penampilannya.
Pemenang Grammy yang cukup terkenal dengan lagu Bad Guy sebelum ini gemar berbaju dan berseluar besar serta kelihatan ‘menyorokkan’ sisi femininnya.
Teen Vogue
Namun kini pada usia 21 tahun, Eilish mula berpenampilan lebih feminin.
Bagaimanapun apabila dia sudah tampil lebih feminin, dirinya sekali lagi dikritik. Penampilan Eilish dikatakan biasa dan tidak ada perbezaan dengan wanita lain.
Twitter
“Saya habiskan masa lima tahun dalam karier dengan penampilan yang saya selesa dan kini ia dilepaskan kerana saya diberitahu agar menjadi lebih wanita.
“Sekarang apabila saya sudah selesa dengan penampilan feminin dan berubah, semuanya menjadi lain.
“Ada yang mengatakan ‘apa yang telah terjadi kepadanya? Eilish tidak ubah seperti yang lain’,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Twitter
Meski bengang dengan kritikan yang diterima, penyanyi tersebut seperti tidak mahu mendengar kemahuan mereka.
“Biarkan wanita wujud!” katanya ringkas.
Kenyataannya itu disokong oleh peminat dengan mengatakan wanita adalah individu yang multifungsi.
Sebelumnya pada tahun 2021, Eilish mengaku kehilangan sehingga 100,000 ribu pengikut di media sosial kerana perubahan penampilan.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
tbh ada reason kenapa dulu dia pakai baju geloboh gelobos tu. aku ada baca interview dia, masa tu dia underage tapi dia ada condition ber boob besar (extremely besar utk teenager) so utk elakkan dia ni dari di cop sex symbol at unappropriate age dia pakai gelobos2 mcm tomboy. skang dia dah adult, dah ok jadi sex symbol |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 31-5-2023 02:11 PM
tbh ada reason kenapa dulu dia pakai baju geloboh gelobos tu. aku ada baca interview dia, masa tu di ...
Pastu aku baca dia mmg blonde ye? ingatkan sejak azali dark hair |
|
|
|
|
|
|
|
kang jadi cam avril lavinge berubah byk sgt sampai hilang peminat.. |
|
|
|
|
|
|
|
yekot. tak pasti pulak, tapi dia mmg nampak lebih mantap kalau rambut bleach pon. mcm sesuai dengan warna kulit & mata dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|