CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2279|Reply: 38

20 Tahun Langsung Tak Berani Balik Kampung Lepas Kena Rogol Dengan Orang Minyak

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Kisah mengenai gangguan orang minyak hangat diperkatakan sekitar penghujung 1990-an, awal tahun 2000 dan disebabkan itu ramai ambil langkah berjaga-jaga khususnya wanita.


Difahamkan orang minyak akan merogol beberapa gadis sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.


Menurut sumber, kejadian bermula selepas wanita dikenali sebagi Shima tinggal seorang diri di rumah seminggu memandangkan ibu bapanya perlu berangkat ke Jitra, Kedah, kerana kakaknya baru bersalin.


Selepas kedua ibu bapanya berangkat ke Jitra, Shima meneruskan rutin hariannya seperti biasa, namun dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pintu dikunci setiap kali keluar bekerja.




Gambar Hiasan




Shima bekerja di sebuah bengkel kain batik di kampung sebelah, jadi kadang-kala dia balik lewat malam sekiranya mereka menerima banyak tempahan.


Pada hari keempat ketiadaan ibu bapanya, Shima yang menaiki sebuah motosikal sampai ke rumahnya sekitar jam 11.30 malam.


Selepas membersihkan diri, Shima membaca novel di atas katil sebelum dia terlelap kepenatan.


Beberapa jam kemudian, Shima tersedar kerana menyedari ada jasad yang berat sedang menindih dirinya, membuatkan dia lemas dan sukar bernafas.


Dalam gelap malam, Shima tidak dapat melihat apa-apa di depan matanya sehingga dia cemas dan mula menjerit ketakutan.


Dalam tempoh beberapa saat, dia terasa mulutnya ditekup, malah tubuh kasar itu seolah-olah menekan dirinya sehingga tidak mampu untuk meronta.


Kejadian itu berlaku pantas dan Shima tidak mampu melakukan apa-apa ketika pakaiannya direntap dan kehormatannya dicabul oleh makhluk misteri itu.


Makhluk berkenaan terus bangkit selepas dia melepaskan hajat dan melarikan diri melalui tingkap rumah kayu itu.


Shima yang menggigil ketakutan terus menjerit ke arah rumah Yana yang terletak berdekatan kediamannya.


Dalam beberapa minit, Yana sekeluarga datang dalam keadaan terkejut selepas mendengar jeritan Shima yang cemas meminta tolong sambil menangis.


Selepas membuka lampu, Shima mendapati tubuhnya dicemari kesan minyak hitam, membuatkan dia mengesyaki dirinya telah menjadi mangsa orang minyak.


Selain keluarga Yana, penduduk kampung juga mula tiba di kediaman Shima tidak lama selepas itu dan cuba menenangkannya yang masih tidak berhenti menangis.


Bomoh kampung itu, Pak Mail mengesahkan bahawa Shima menjadi sasaran orang minyak yang merogolnya sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.


Ibu bapa Shima turut bergegas pulang seawal pagi kejadian selepas menerima perkhabaran duka itu.


Sejak kejadian itu, Shima menjadi pendiam dan suka menangis sehingga ibu bapanya puas membawa dia berubat dengan bomoh-bomoh kampung.


Tidak lama kemudian, ibu bapa Shima menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama ibu saudaranya demi melupakan kejadian itu.


Selepas lebih 20 tahun berlalu, kisah itu semakin dilupakan, malah Shima juga tidak pernah lagi pulang menjejakkan kaki ke kampungnya itu. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lor isu semasa jadah apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 11:54 AM | Show all posts
Pebenda ni, cerpen ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin hari semakin MROyan ko kan, sampah apa ni ngok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 12:06 PM | Show all posts
Baru aje habis baca novel pasal org minyak. Best jugak. Mcm tau2 aje..


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak shima hasil senggama dgn org minyak dh besar pjg gamaknya..  ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 12:28 PM | Show all posts
"kejadian berlaku dengan pantas..."

sia2 nuntut ilmu sampai jadi org minyak bagai, hujung2 x tahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian direntap
Kehormatan dicabul
Melepaskan hajat

Ayat2 standard cerita mistik lucah Melayu sejak zaman berzaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 01:20 PM | Show all posts
cerita mastika pun boleh..
janji masuk artikel..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:28 PM | Show all posts
tt nak cari dhuet lebey leteww

sbb nak tunggu gaji raya aritu masuk awai

mebi heshe makan serdak koi raya ja skang nehh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Momod masuk gua ka hapa.
Xvoley regulate ka tered terpaling sampah mcm ni.
Hari² weyy hadap kisah mastika kt CI.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pejadah aku baca ni??? sial btul la.. mcm cerita lucah zaman 90 an
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:05 PM | Show all posts
jadah apa ni ? mastika versi online ker??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
elzy replied at 25-5-2023 11:54 AM
Pebenda ni, cerpen ker?

Itulah..berita or karangan bbnu buat konten
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:18 PM | Show all posts
ni cerpen mcm dah ada dipotong jalan ceritanya ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
asyik baca pasai FORMULA PIJI TAK MENJADI...boring la jugok...sesekali baca 'citer ala 90an'..boleh la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 03:48 PM | Show all posts
org minyak semua jantan ya ... bukan apa,  saja saja nak buat lawak kaum lelaki di cubit bebird oleh orang minyak betina

cadangkan org dunia hiburan buat citer komedi cani,  unik kan

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:53 PM | Show all posts
Remarkable article, it is particularly useful! I quietly began in this, and I'm becoming more acquainted with it better! Delights, keep doing more and extra impressive! https://mtline9.com
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang minyak tu jin ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:01 PM | Show all posts
o ye,  teringat dulu si Afdlin penah buat pementasan ejek kak mah ....  org minyak nak kak mah rosakan 99 org kalu nak cincin berlian, banglo besar,  beg Gucci,  Louis Vuitton
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053951 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list