|
Kontrak Jose Mourinho bersama kelab Serie A, AS Roma berbaki setahun. - Foto AFP
PARIS: Jose Mourinho kini berada dalam radar Paris Saint-Germain dengan pemain-pemain Roma bimbang pengendali dari Portugal itu akan meninggalkan mereka sebaik tamat musim ini.
Mourinho membimbing kelab Serie A berkenaan ke final Liga Europa musim ini, setahun selepas memenangi Liga Konferens Eropah, dan menjadi pujaan penyokong di ibu kota Itali itu.
Namun dengan Christophe Galtier dijangka akan meninggalkan PSG beberapa minggu lagi, Mourinho dilaporkan menjadi calon utama menggantikannya.
Tidak seperti PSG, Roma kurang mampu untuk berbelanja mengikut kebiasaan Mourinho, jadi ruang untuk
Hubungannya dengan pengurus besar Roma, Tiago Pinto yang juga dari Portugal, sedikit tegang dengan kontrak Mourinho hanya berbaki setahun.
Jika Roma menewaskan Sevilla di Budapest pada final Liga Europa 31 Mei nanti, mereka akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
"Saya tidak akan memperkatakan tentang masa depan saya kepada sesiapa secara terbuka. Situasinya amat jelas, kontrak saya masih berbaki setahun. Kontrak bukan perkara paling penting.
"Saya gembira di sini, ada ketika saya menunjukkan kekecewaan saya. Saya mempunyai cita-cita berbeza, tetapi kita tunggu dan lihat. Hari ini saya sangat gembira dan bekerja untuk orang di sini," kata Mourinho. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... paris-saint-germain |
|