View: 644|Reply: 2
|
Megan Fox Dakwa Hidap Dysmorphia, Benci Tengok Tubuh Sendiri
[Copy link]
|
|
Menjadi impian banyak lelaki terutama kerana memiliki bentuk tubuh badan idaman tidak menjadikan Megan Fox yakin dengan diri sendiri.
Namun, Fox mengaku tidak menyukai tubuh badannya sendiri meski dia kerap tampil sebagai model pakaian termasuk yang terkini menjadi salah seorang model pakaian renang dari Sports Illustrated Swimsuit.
Parade
Fox mendakwa dirinya mempunyai masalah dysmorphia. Dysmorphia atau Body Dismorphic Disorder (BDD) ialah satu keadaan seseorang mempunyai anggapan yang kuat bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan mereka.
“Saya mempunyai dysmorphia. Saya tidak pernah melihat diri seperti orang lain melihat saya.
“Tidak pernah dalam kehidupan saya mencintai tubuh badan saya. Tidak pernah,” akuinya seperti dilaporkan CNN.
Bintang filem Transformers itu kemudian menceritakan dia telah mempunyai perasaan tidak menyukai tubuh sendiri sejak zaman kanak-kanak.
“Sewaktu saya kanak-kanak saya mempunyai obsesi dengan penampilan sendiri.
“Saya mahu semuanya kelihatan baik, seperti yang diinginkan dan perasaan itu (punya tubuh badan yang sempurna) tidak pernah berakhir,” katanya.
Wanita berusia 37 tahun itu juga berharap agar masyarakat tidak menjadikan tubuh badan atau penampilannya sebagai hal pertama saat bertemu dirinya.
“Tapi saya harap orang lebih tertarik dengan aura saya berbanding tubuh badan. Saya mempunyai aura seperti ‘pelangi’ dan itu sangat istimewa,” dakwanya.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
ok, maybe i shouldn't roll my eyes as she prolly really has the disease |
|
|
|
|
|
|
| |
|