CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 7

Dua Penuntut Ditahan Serang Pelajar Tingkatan 3

[Copy link]
Post time 17-5-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan dua pelajar dan dua penuntut yang dipercayai menyerang pelajar tingkatan tiga di kawasan parkir kereta Jalan Intan di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan itu susulan laporan dibuat pelajar berusia 15 tahun pada 8.52 malam Isnin lalu.




EMPAT remaja yang dipercayai menyerang seorang pelajar lain di kawasan parkir kereta Jalan Intan, Sibu, kelmarin. FOTO tular.




"Berdasarkan laporan, pelajar terbabit memaklumkan dia dipukul berapa individu termasuk pelajar sekolah sama di kawasan parkir kereta.


"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan empat tangkapan di beberapa lokasi antara 9 hingga 11 malam yang sama.


"Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 14 hingga 19 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zulkipli berkata, polis polis turut terkesan video pergaduhan itu yang disebarkan di laman sosial berdurasi 50 saat.


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam," katanya.


Zulkipli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan pelajar dipercayai tingkatan lima berpakaian sukan berwarna biru menyerang pelajar tingkatan tiga yang tidak dikenali.


Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari, dan pelajar terbabit belajar pada sesi pagi.






Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilalah budak2 ini. Ramai2 pukul begitu. Hebat sangatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 12:04 AM | Show all posts
report polis ja

kalau bagitau cikgu atau pihak sekolah, diorang akan cuba tutup cerita, semata2 nak jaga reputasi sekolah. anak murid separuh mati kena pukul takpa. mati pun takpa. asalkan jangan nama buruk sekolah tersebar

diorang ugut benda personal, body contact, report polis

masa Iols sekolah dulu, ada sorang budak mangsa buli ni accident
sebab pembuli2 ni rosakkan brek motor budak tu
balik sekolah, accident. nasib baik motor tak barai teruk, ada kesan vandalisme bila check

sampai sekarang tak tau sapa punya kerja
tapi itu dah jadi ke tahap cubaan membunuh

buli budak2 sekolah ni, boleh ke tahap membawa maut
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunjuk samseng. Mentang2 lah sibu ni bandar samseng…….
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkl rmi2 mcm pondan. Kutip je la pemukul2 ni semua, bw ke 1 tmpt rahsia, lupuskan tanpa dpt dikesan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-11-2024 02:39 PM
belilies replied at 1-11-2024 02:32 PM
Nak tunjuk samseng. Mentang2 lah sibu ni bandar samseng…….


Genting...kota keriangan.
Langkawi...syurga Rohingya
Sibu...Gangster Paradise...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-11-2024 02:38 PM
Genting...kota keriangan.
Langkawi...syurga Rohingya
Sibu...Gangster Paradise...

Yes tepat sekali, yg last bwh tu… bawak keta kena hati2 yach kat sini. Jgn honk sebarang
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Huihhh siap terbang2 lg. Ni belajar jd pendekar terbang dkt mana cer kabo sikit

Harap yg polis dah hangkut tu yg terbang ni juga. Nak tgk depan polis setinggi mana heols blh pergi... Kata gempak sgtkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055061 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list