CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 3

Mudir Pusat Tahfiz Tak Mengaku Amang Seksual, Seks Luar Tabii Tiga Pelajar

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Mudir sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang juga warga Singapura didakwa dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya.


Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini.




TERTUDUH yang juga warga Singapura mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD




Mengikut tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya yang masing-masing berusia 13 tahun 9 bulan, 14 dan 15 tahun di dalam bilik di rumah guru pusat tahfiz berkenaan pada 20 Julai 2022 dan Mac 2023.


Jika sabit kesalahan, dia yang juga pengasas pusat tahfiz boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap dua mangsa sama di lokasi sama pada Mac 2023 dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal manakala tertuduh diwakili peguam Fahmy Sulaiman.


Pembelaan merayu jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung dua isteri dan enam anak berusia setahun setengah sehingga 13 tahun.


Darmafikri kemudian membenarkan jaminan RM20,000 bagi dua pertuduhan dihadapannya manakala Mohd. Sabri tidak membenarkan jaminan bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Pada 13 Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan, mudir dan warden asrama sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang dipercayai terlibat dengan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak direman empat hari.


Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin sehingga semalam terhadap suspek yang berumur 40 dan 36 tahun.


Kedua-dua tertuduh yang juga adik beradik disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, susulan enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 04:23 PM | Show all posts
camna warga singapore boleh jadi mudir tahfiz tu ekkk...
kahwin dengan orang mesia ker??
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 05:03 PM | Show all posts
Edited by babelina at 17-5-2023 05:28 PM

aku tgk kt ig story limabelas kemain muka dia baik yg amattttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo betul, moga anu dan dubur berulat dan tersiksa sampai mampus. Pedophile layak mati je sbb kalo keluar penjara dia akan cari mangsa baru dan kanak2 plg mudah dimanipulasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039129 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list