View: 169|Reply: 0
|
Penyerang Nantes, Mostafa didenda kerana enggan memakai jersi pelangi
[Copy link]
|
|
JERSI pelangi yang dipakai pemain serta lilitan pelangi di tangan pengadil sebagai tanda sokongan kempen anti-homophobia. -FOTO AFP
Nantes, Perancis: Penyerang Nantes, Mostafa Mohamed didenda oleh kelabnya selepas enggan beraksi pada hujung minggu lalu sebagai tanda dia memprotes kempen menentang anti-homophobia dalam Ligue 1 Perancis, kata pasukan yang bergelut itu.
Kelab itu berkata Mohamed akan "dihukum dari segi kewangan" kerana "enggan bermain menentang Toulouse atas sebab peribadi ketika FC Nantes berjuang untuk mengelak penyingkiran."
Nantes menambah bahawa wang itu akan didermakan kepada badan amal yang menyokong ahli komuniti LGBTQ yang menjadi mangsa diskriminasi.
Nombor pada baju semua pemain di dua bahagian teratas Perancis, serta lilitan lengan yang dipakai oleh kapten dan pegawai, berwarna pelangi ketika liga Perancis sempena kempen menentang homofobia.
Baju berhias warna pelangi itu akan dijual secara lelongan dengan hasil kutipan akan disalurkan kepada tiga badan amal yang aktif dalam memerangi diskriminasi LGBTQ.
Pemain antarabangsa Mesir Mohamed enggan beraksi ketika mereka mencatatkan keputusan seri 0-0 di Toulouse untuk mengelak dikaitkan dengan kempen berkenaan walaupun Nantes sangat memerlukan mata ketika mereka berusaha untuk keluar dari zon penyingkiran.
Mohamed yang berusia 25 tahun, beragama Islam, mempertahankan keputusannya untuk tidak bermain dalam siaran media sosial pada malam Ahad.
"Saya menghormati semua perbezaan. Saya menghormati semua kepercayaan dan semua keyakinan. Penghormatan ini diberikan kepada orang lain tetapi kepercayaan peribadi saya mesti dihormati juga," tulisnya di Twitter.
"Memandangkan asal usul saya, budaya saya, kepentingan keyakinan dan kepercayaan saya, tidak mungkin saya menyertai kempen ini. Saya harap keputusan saya akan dihormati."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... makai-jersi-pelangi |
|
|
|
|
|
|
| |
|