|
Gambar fail, penyerang Paris Saint Germain ketika pasukannya menentang Lorient. - Foto REUTERS
PARIS: Lionel Messi, semalam memohon maaf selepas melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran yang menyebabkan kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia itu digantung oleh kelabnya, Paris Saint Germain (PSG).
"Saya ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan dan kelab," kata Messi dalam video yang disiarkan di Instagram kepada 458 juta pengikutnya.
Dia digantung oleh PSG selepas gagal hadir untuk latihan pada Isnin, sehari selepas kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Lorient dalam saingan Ligue 1.
Sebaliknya, pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak tujuh kali itu terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran PSG bagi memenuhi komitmennnya sebagai sebahagian kontrak dengan pejabat pelacongan negara berkenaan.
"Sejujurnya saya fikir kami akan diberi cuti selepas perlawanan seperti yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya," katanya.
"Saya sudah mengatur perjalanan ke Arab Saudi ini selepas terpaksa membatalkannya sebelum ini. Kali ini saya tidak boleh membatalkannya.
"Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan dan saya menunggu untuk melihat apa yang akan diputuskan kelab."
Masalah yang timbul itu menyaksikan Messi berkemungkinan tidak akan kekal di PSG selepas musim ini apabila kontrak dua tahunnya dengan kelab itu tamat.
Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai prosedur disiplin memberitahu AFP bahawa Messi akan diketepikan selama beberapa hari dan tidak akan bermain dalam perlawanan menentang Troyes hujung minggu ini dalam Ligue 1.
Beberapa media di Perancis melaporkan Messi akan digantung selama dua minggu,namun tiada sebarang pengesahan mengenai perkara itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... 09/messi-mohon-maaf |
|
|
|
|
|
|
| |
|