View: 128|Reply: 0
|
City di ambang kejuaraan, Arsenal masih berharap
[Copy link]
|
|
Manchester City kini berada di landasan tepat untuk pertahan kejuaraan EPL ketika Arsenal masih menaruh harapan memintas juara bertahan itu pada penghujung musim. - Foto ihsan Just Arsenal
Seperti dinyatakan minggu lalu, Arsenal yang dipimpin Mikel Arteta kini memerlukan keajaiban untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Mereka yang kini di tangga kedua, terlepas mahkota pendahulu kepada Manchester City minggu lalu selepas tewas 1-4 kepada pesaingnya itu pada aksi di Etihad.
Arsenal ketika ini menghimpun 78 mata, ketinggalan satu di belakang City selepas 34 aksi manakala penyandang juara itu menghimpun 79 mata menerusi 33 aksi.
Sebelum ini, The Gunners gah di puncak selama 247 hari dan dilihat sebagai pilihan utama untuk bergelar juara. Namun kegagalan meraih mata penuh dalam beberapa aksi terakhir membuka peluang seluas-luasnya buat City untuk merapatkan kedudukan sekali gus merampas takhta pendahulu.
Berdasarkan perkiraan, skuad Arteta hanya boleh bergelar juara sekiranya memenangi semua empat baki aksi sambil berharap anak buah Pep Guardiola tewas dua daripada lima baki aksi.
City pula sebaliknya hanya perlu menang empat daripada lima baki aksi dan berpeluang meraikannya lebih awal sekiranya Gunners tercicir mata dalam empat baki perlawanan.
Apakah Arteta dan skuadnya mampu mengharungi cabaran besar ini? Kita tunggu dan lihat. City dalam pada itu ketika ini berada pada tahap prestasi terbaik terutamanya Erling Haaland yang sudah mencetak 35 gol musim ini bagi satu catatan rekod.
Empat aksi terakhir Arsenal selepas ini adalah menentang Newcastle (lewat malam esok), diikuti Brighton pada 14 Mei, Nottingham Forest (21 Mei) dan Wolves (28Mei).
Gunners dijangka berdepan aksi sukar bertemu Newcastle kerana lawannya itu ketika ini berada pada prestasi cemerlang dan berkedudukan terbaik untuk layak ke Eropah musim depan.
City pula akan berdepan Leeds malam ini, diikuti Everton (14 Mei), Chelsea (21 Mei), Brighton (25 Mei) dan Brentford (28 Mei). Sekiranya, menang ke atas Leeds, City akan menjarakkan jurang mata kepada empat ke atas Arsenal.
Sementara itu, Liverpool kembali menghidupkan peluang sekurang-kurangnya ke saingan Liga Europa selepas menewaskan Fulham 1-0 pada pertengahan minggu untuk menduduki tangga kelima tatkala Tottenham terus merudum dan boleh melupakan terus aksi di Liga Juara-Juara musim depan.
Southampton, Everton dan Nottingham Forest dalam pada itu kekal di zon penyingkiran, namun masih berpeluang `menyelamatkan diri' jika menang semua baki aksi sambil berharap Leeds, Leicester dan West Ham tercicir mata. Selamat menonton.
https://www.bharian.com.my/sukan ... enal-masih-berharap |
|
|
|
|
|
|
| |
|