View: 158|Reply: 0
|
Haaland 'mesin gol' cipta rekod EPL
[Copy link]
|
|
HAALAND meraikan gol selepas meledak gol kedua City. FOTO Reuters
Manchester: Erling Haaland hanya mengambil masa satu musim mencipta rekod baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 35 gol dalam satu kempen untuk mempersendakan mereka yang mengatakan bahawa bahawa dia perlu mengambil masa menyesuaikan diri di liga utama Inggeris itu.
Pemain kelahiran Norway itu menunjukkan kepantasan dan kelincahannya di hadapan gawang apabila menjaringkan gol kedua City ketika mereka menang 3-0 ke atas West Ham seterusnya meletakkan juara Inggeris itu kembali ke puncak liga.
Pemain berusia 22 tahun itu kini melepasi rekod yang dilakarkan Alan Shearer dan Andy Cole iaitu 34 jaringan pada era 1990an.
"Sejujurnya ia agak tidak boleh dipercayai," kata Haaland berhubung pencapaiannya.
"Saya tidak memikirkan rekod seperti ini ketika saya datang ke sini dan memecahkannya bermakna saya melakukan sesuatu yang istimewa dan saya sangat berbangga dengan pencapaian itu ketika ini."
Pencapaian Haaland itu meletakkan dirinya kini sebagai pemain yang boleh dibanggakan yang sudahpubn bermain 42 perlawanan musim ini.
Shearer bermain semua 42 perlawanan pada musim 1994/95 ketika dia membantu Blackburn menjuarai gelaran EPL sementara Cole membuat 40 penampilan pada tahun sebelumnya bersama Newcastle.
Manakala Haaland mencapai 35 gol dengan anggaran kadar satu setiap 72 minit ketika dia hanya membuat 31 penampilan.
"Jika anda membentuk penyerang tengah dari bawah ke atas, Erling adalah pemain yang anda boleh harapan," kata Shearer.
"Dia mesin gol, seseorang yang pantas dan lincah, kuat dari segi fizikal dan bagus di udara, yang boleh menjaringkan gol dengan kedua-dua kaki dan tandukan yang hebat."
Keazaman City untuk memenangi pertarungan di kalangan kelab elit Eropah untuk mengikat penyerang itu tahun lalu berbaloi dengan cara yang menakjubkan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gol-cipta-rekod-epl |
|
|
|
|
|
|
| |
|