View: 160|Reply: 1
|
Gunners berjuang sehingga saat akhir
[Copy link]
|
|
AKSI Odegaard selepas meledak gol kedua pasukannya di Stadium Emirates.
London: Arsenal akan berjuang sehingga penamat musim Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut kapten Martin Odegaard selepas dia menjaringkan dua gol ketika menewaskan Chelsea 3-1 awal pagi tadi untuk kembali meletakkan skuad utara London itu selaku pendahulu liga bagi tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.
Tiga keputusan seri berturut-turut dan tewas 1-4 kepada juara bertahan Manchester City minggu lalu menyaksikan harapan Arsenal meraih gelaran liga pertama sejak 2004 semakin tipis.
City menduduki tangga teratas liga kali pertama sejak Februari selepas menewaskan Fulham Ahad lalu tetapi Arsenal kembali bangkit mengatasi Chelsea bermakna mereka tidak tewas aksi 'derby' London musim ini.
City hanya dua mata di belakang Gunners dengan berkelebihan dua perlawanan dalam tangan selepas lapan kemenangan liga berturut-turut dan akan kembali merampas takhta liga jika menewaskan West Ham United di Eithad awal pagi esok.
Kemenangan bergaya Arsenal di tempat sendiri awal pagi tadi sekurang-kurangnya sedikit meresahkan pengendali City, Pep Guardiola dan Odegaard kekal yakin persaingan memburu gelaran belum tamat.
"Terutamanya babak pertama memang hebat. Kami tunjukkan semangat berbeza berbanding sebelum ini, " kata pemain Norway itu yang meledak dua gol menarik sekali gus jaringan ke-14nya musim ini.
"Kami akan terus berjuang dan kekalkan momentum. Kami percaya dan akan terus mengasak City sehingga saat akhir," katanya kepada Sky Sport.
Arsenal akan berdepan pasukan di tangga ketiga Newcastle United di tempat lawan dalam aksi liga seterusnya ketika City berkelebihan empat mata jika menewaskan West Ham dan Leeds United di tempat sendiri.
Namun pengurus Mikel Arteta berkata paling penting mereka kembali temui rentak selepas prestasi merudum bulan lalu.
"Kami ada empat perlawanan lagi dan kami berada di puncak liga," katanya. "60 minit pertama pemain saya beraksi sangat bagus.
"Kami perlu menjadi diri sendiri dan itu yang saya mahu lihat daripada pasukan saya. Kelajuan, kualiti, pergerakan, dua gol cantik, kami berhubung dengan penyokong dan mencipta suasana mengagumkan."
Hanya satu aspek negatif iaitu kecederaan dialami pertahanan Gabriel pada penghujung perlawanan.
"Dia masih bertahan 10 ke 15 minit tetapi tidak mampu terus bermain. Agak membimbangkan," kata Arteta yang sudah pun kehilangan pertahanan William Saliba akibat masalah sama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sehingga-saat-akhir |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah di atas kemenangan, terima kasih kepada chelsea kerana sudi memberikan laluan |
|
|
|
|
|
|
| |
|