View: 144|Reply: 0
|
Pemain galas impian besar negara di Sukan SEA Kemboja
[Copy link]
|
|
SKUAD negara meraih tonik terbaik menjelang aksi Sukan SEA Kemboja selepas menjuarai Piala Merlion sebelum ini. – FB FAM
Pemain galas impian besar negara di Sukan SEA Kemboja
SEKALIPUN persiapan kali ini hanya membabitkan beberapa sesi latihan pusat, pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, E. Elavarasan menjelaskan nasib pasukan kini terserah sepenuhnya kepada pemain untuk dapatkan keputusan baik di Sukan SEA Kemboja kali ini.
Walaupun akui belum ada gambaran senarai akhir yang akan terbang ke Kemboja esok, Elavarasan berkata, tempoh yang ada sekarang wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain untuk merebut tempat.
“Cara kita buat kali ini sedikit berbeza apabila ada beberapa sesi. Segalanya bergantung kepada prestasi, tetapi buat masa ini apa yang kita perlukan kita sudah dapat dan sekarang perkara utama adalah kekalkan prestasi.
“Fokus utama kita hanyalah untuk lakukan yang terbaik. Kali ini pasukan hanya ada tiga hari untuk persiapan sebelum ke Kemboja dan hadapi perlawanan pertama pada 3 Mei nanti,” katanya.
Skuad B-22 negara membawa misi besar untuk memastikan pentas final atau pun sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian tempat keempat yang diraih pada penampilan di Vietnam dua tahun lalu.
Berdasarkan kualiti sekarang, Elavarasan memiliki barisan terbaik terutamanya selepas mengekalkan hampir majoriti pemain sama ketika memenangi Piala Merlion di Singapura, bulan lalu.
Skuad negara akan buka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos, Rabu ini diikuti Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan awal bertemu Singapura pada 11 Mei.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -sukan-sea-kemboja/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|