CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4218|Reply: 12

Royalty Forex

[Copy link]
Post time 7-12-2010 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by amir_70014 at 7-12-2010 16:00

Macam susah nak percaya je..emmm...
Tulis kata baru join tapi ayat macam admin RoyaltyForex..
Confirm ni admin ni (yang buat laman web tu)..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 04:09 PM | Show all posts
Aku simpan Duit Bawah Bantal ja.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 04:24 PM | Show all posts
aku plak simpan dlm tilam..lg selamat dr masuk benda alah2 bangsat lg penipu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 10:22 PM | Show all posts
Reply 2# amir_70014


    Aik...bagian mana mcm admin tu..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 10:23 PM | Show all posts
Reply 3# adorable10


    Up 2 u kawan...tak paksa.. :-)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2010 10:24 PM | Show all posts
Reply 4# tagas


    Mind u'r language bro...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 11:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by amirul_nazri at 7-12-2010 23:55

Artikel di bawah, baru jer kuar kat newspaper..and ko serta golongan yg sebaris ngan ko, masih berani lagi menganjurkan program sedemikian hatta sekalipun dgn modal yg kecil..tetap salah!!

org macam ko nie la yg membusukkan nama forex market kat malaysia nie...org lain yg duk trade senyap2 pun, takder kaco org lain, untung sorunk2----> akan menjadi mangsa kerana penganjuran managed akaun forex sebegini yg tak pernah berjaya sejak dahulu lagi...

macam langau jer mende alah program nie...

harap ctredzuan baca post aku nie dan serta merta tutup thread nie...




Bank Negara: Online Forex satu kesalahan

Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram.

MANA-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Mingguan mStar berhubung aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex. “Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.

“Online Forex berisiko kerana pelabur akan diperdaya dan wang pelaburan hasil simpanan atau pinjaman bank dilesapkan oleh penganjur,” kata BNM.

Sehubungan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam dan luar negara.

Kebiasaan modus operandi program berkenaan menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan pelabur sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk.

“Syarikat terbabit kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara.

“Mereka juga menyediakan akses mudah kepada laman web dan kemudahan lain bagi memudahkan pelabur menjalankan urus niaga Online Forex,” kata BNM.

BNM berkata, ini termasuk situasi di mana pelabur dikehendaki menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi urus niaga dan kemudiannya menambah pelaburan permulaan atau panggilan margin bagi mengelakkan kehilangan modal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Online Forex mencurigakan perlu melaporkan perkara terbabit kepada BNM,” jelas BNM.

Saluran aduan kepada BNM boleh menghubungi 1-300-88-5465 atau faks ke 03-21741515 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888: BNM TANYA (laporan/pertanyaan) atau emelkan ke [email protected].

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang selain daripada peniaga berdaftar.

Di bawah Akta itu turut menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman web BNM iaitu http://www.bnm.gov.my.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 02:48 PM | Show all posts
riba... berniaga duit dgn duit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 08:32 PM | Show all posts
Ok la..x per lah..mana la aku tau cengginih plak ceritanya, aku org baru dlm menda alah ni n ntah camana aku dpt untung plak..aku offer dgn niat nk tambah income yang dah ade tu sikit2..sapa2 nak tutup..tutup je lah thread ni. Aku nak tutup tak reti..Malaslah gaduh2 ngan org. Tak best jugak baca kata2 yg tak elok cam bangsat yg tertulis kat atas tu.. Dosa gak tuh.. Tak eloklah guna perkataan mcm tu, nasihat elok2 kan lebih baik..K..Take care all n thanx..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 02:35 PM | Show all posts
http://www.royaltyfx.com/

Baca ni....jangan tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 04:31 PM | Show all posts
      Kepada semua ahli kami memohon maaf banyak-banyak kerana pool akaun telah mengalami kerugian teruk disebabkan oleh problem EA yang telah membuka size trade yang terlalu besar sehinggakan telah menyebabkan berlakunya margin call.

Perkara ini tidak dijangkakan sama sekali akan berlaku. Dengan ini kami tidak boleh meneruskan lagi trade kerana modal telah pun kerugian 100%.

Sekali lagi kami memohon maaf diatas apa yang berlaku.


trade pakai EA camna la nak understand market behaviour ...

sdgkan market  behaviour tue pun kalau trade manual pun amik masa nak digest, inikan pula EA yg senang2 instant execution buy atau sell...mmg padan la losss...nampak nooo pengajur royaltifx nie org2 mlm yg nk me mlm kan forex

ramai dah aku sound jgn masuk...yg rugi2 tue yg degil dan bodoh nk kaya cepat
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 07:31 PM | Show all posts
nasib badan la mereka ituuuuuw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069214 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list