View: 202|Reply: 0
|
Gaji RM25,000 Arif Aiman berpatutan
[Copy link]
|
|
Arif Aiman menerima gaji RM25,000 bersama JDT. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
KUALA LUMPUR: Gaji RM25,000 yang diterima pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi disifatkan sebagai 'tangga gaji' yang berpatutan buat pemain berusia 20 tahun sepertinya.
Pandangan itu disuarakan ejen berpengalaman yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah yang menyifatkan jumlah itu sesuai meskipun Arif Aiman menjadi pemain tempatan paling 'meletup' ketika ini.
"Mungkin pemilik JDT, Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) ada perancangan jangka masa panjang apabila ketika ini meletakkan gajinya RM25,000. Tetapi kita tidak tahu mungkin dia mendapat bonus yang tinggi.
"Jadi saya tabik Tunku Ismail kerana beliau ada kawalan terhadap pemain dan tidak memberi gaji yang gila-gila kerana perkara ini boleh menjejaskan pemain.
"Dengan usia yang masih muda, Arif Aiman tidak akan hilang fokus dan saya rasa Tunku Ismail tahu apa yang beliau lakukan," kata Effendi.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan Tunku Ismail ada pemain kebangsaan yang ditawarkan gaji sehingga RM80,000, Effendi menjelaskan Liga Malaysia (Liga M) adalah pasaran terbuka dan gaji tertakluk kepada kemampuan kewangan sesuatu pasukan.
Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah. - NSTP/Osman Adnan
"Gaji bergantung kepada pasaran dan kalau sesuatu pasukan itu betul-betul mahukan seorang pemain, sudah tentu mereka akan memberi tawaran yang terbaik bagi mendapatkan khidmat pemain itu.
"Terpulanglah kepada pasukan untuk bayar RM80,000 atau RM100,000. Bukan salah pemain asalkan pasukan mampu bayar. Tetapi kita lihat kalau pemain utama kebangsaan, memang julat gaji sekitar RM50,000 ke RM60,000.
"Tetapi purata gaji untuk pemain tempatan yang lain, sekitar RM10,000 ke RM20,000. Kalau pemain import pula, boleh pergi sekitar RM44,000 ke RM66,000," katanya.
Terdahulu, Tunku Ismail menegaskan gaji pemain JDT boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga M termasuk ada yang berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.
Malah, ada tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan Arif Aiman hanya menerima gaji RM25,000 sebulan.
Meskipun tidak mendedahkan pemain tempatan itu, spekulasi mendakwa pemain terbabit adakah Faisal Halim namun pemain Selangor FC itu pantas menafikan dakwaan terbabit menerusi satu komen di laman Harimau Selatan X.
https://www.bharian.com.my/sukan ... if-aiman-berpatutan |
|
|
|
|
|
|
| |
|