View: 177|Reply: 0
|
Al Nassr harap sentuhan Zidane
[Copy link]
|
|
Cristiano Ronaldo mendapat bayaran lumayan untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr. - Foto AGENSI
RIYADH: Kelab Arab Saudi, Al Nassr dilaporkan sedang cuba mendapatkan khidmat Zinedine Zidane untuk membimbing mereka.
Pasukan yang dibarisi Cristiano Ronaldo itu sudah membuat tawaran 120 juta euro (RM582.23 juta) untuk dua musim kepada bekas pengendali Real Madrid itu.
Setakat ini belum ada kenyataan dibuat oleh kem pengendali dari Perancis itu berhubung tawaran Al Nassr.
Selepas Rudi Garcia dipecat, Al Nassr melantik Dinko Jelicic sebagai pengendali sementara, tetapi kelab Liga Pro Saudi itu berhasrat untuk menggandingkan semula Ronaldo dengan Zidane.
Garcia dipecat kerana deretan keputusan mengecewakan kelab itu. Jelicis adalah bekas jurulatih skuad muda Arab Saudi, namun Al Nassr akan nama besar untuk bersama mereka secara tetap.
Al Nassr kini berada di tangga kedua liga, tiga mata di belakang Al Ittihad selepas mengharungi 23 daripada 30 perlawanan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... medium=terkinitabhp |
|
|
|
|
|
|
| |
|