View: 168|Reply: 0
|
Man City, Haaland terus resahkan Arsenal
[Copy link]
|
|
HAALAND menjaringkan gol ketiga Man City. FOTO Reuters
Manchester: Erling Haaland menyamai rekod gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 38 perlawanan semusim ketika Manchester City merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal kepada hanya tiga mata.
Penyerang Norway itu menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama ketika City meraih kemenangan 3-1 ke atas Leicester untuk mencapai koleksi 32 gol, sama seperti jumlah penyerang Liverpool, Mohamed Salah lakukan pada musim 2017/18.
John Stones membuka tirai jaringan di Stadium Etihad sebelum Haaland menyempurnakan sepakan penalti dan melakukan penyudah yang bijak untuk gol keduanya pada perlawanan itu.
Pep Guardiola menggantikan pemain berusia 22 tahun itu pada separuh masa kedua sekali gus menafikan peluangnya memburu rekod jaringan untuk semusim dengan 34 gol dalam era EPL ketika setiap pasukan perlu mengharungi 42 perlawanan.
Leicester dengan Dean Smith mengendalikan pasukan buat kali pertama, memperoleh gol saguhati pada separuh masa kedua menerusi Kelechi Iheanacho namun mereka tetap mengalami kekalahan keempat berturut-turut sekali gus kekal menduduki tempat kedua tercorot.
City dan Arsenal akan bertemu di Etihad pada 27 April untuk apa yang dilabelkan sebagai perlawanan penentuan juara liga.
"Seperti yang saya katakan sejak akhir-akhir ini, kami perlu menang dan menang.
"Mereka sudah mengharungi musim yang luar biasa dan saya tidak fikir mereka akan kehilangan banyak mata, jadi apa yang kami perlu lakukan adalah kekal berada di sana.
"Adalah penting bagi kami menang hari ini untuk tiba ke 'final' di mana kami akan bertemu mereka (Arsenal) dalam perlawanan Liga Perdana seterusnya," kata Guardiola, yang menyaksikan pasukannya kini memenangi 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... us-resahkan-arsenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|