Impak hebat penyanyi Jungkook sebagai ‘King of Sold Out’ menyebabkan sambutan luar biasa untuk koleksi pakaian dalam kerjasama dengan Calvin Klein.
Koleksi yang dilancarkan pada 29 Mac lalu habis dijual dalam masa beberapa jam di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jepun.
Ramai peminat sedih kerana gagal merebut peluang tetapi teruja dengan koleksi akan datang.
Pelancaran koleksi Jungkook x Calvin Klein menimbulkan kekecohan dalam media sosial dengan kerjasama penyanyi itu bersama jenama tersebut.
Tanda pagar #JungkookxCalvinKlein tular dalam Twitter dengan berjuta-juta ciapan daripada peminat di seluruh dunia kerana tergila-gilakan perkongsian gambar Jungkook.
Peminat juga tidak sabar menunggu tambahan stok koleksi dan teruja menantikan keluaran akan datang penyanyi itu hasil kerjasama dengan jenama dinamik tersebut.
Sumber: KOSMO! ONLINE