CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2487|Reply: 0

[Kedah] Langkawi tiada air, ramai mandi di ofis

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:56 AM | Show all posts |Read mode

Faranadiatul menunjukkan tiada air yang keluar dari paip di rumahnya di Taman Dayang, Langkawi semalam.


LANGKAWI – Penduduk di sebahagian pulau peranginan di sini terpaksa menumpang mandi di pejabat dan mengambil air melalui pili bomba apabila kawasan mereka menghadapi masalah bekalan air sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di beberapa kawasan di sini semalam mendapati, rata-rata penduduk mengalami masalah itu sejak 30 April lalu apabila notis gangguan bekalan air dikeluarkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Seorang penduduk Taman Dayang, Faranadiatul Wahyu Zulkaple, 34, berkata, dia sempat menadah kira-kira 45 liter air di dalam tiga tong sebaik SADA mengeluarkan notis tersebut.

“Kebiasaannya bekalan air ter­putus hanya selama sete­ngah jam atau sejam pada waktu su­buh, tetapi kali ini masalah ini berlaku selama tiga hari ber­turut-turut,” katanya.

Suhana Abdullah, 55, dari taman sama berkata, tangki air simpanan di rumahnya sudah kehabisan bekalan apabila tiga hari masalah tersebut berlarutan.

“Di taman ini ada beberapa tangki air SADA, tetapi baru semalam mereka datang mengisi air walaupun bekalan terputus sejak kelmarin.

“Tangki itu pula sangat kecil dan tidak mencukupi untuk ke­gunaan penduduk,” ujarnya.

Seorang penduduk Kampung Belanga Pechah yang enggan dikenali berkata, dia sudah hampir tiga hari tidak dapat memba­suh pinggan dan pakaian kerana tiada bekalan air sehingga terpaksa mandi di tempat kerja.

“Notis SADA hanya sebut sehari masalah bekalan air akan berlaku, tetapi sehingga hari ini (semalam) kami masih belum mendapat bekalan, malah tiada lori air dihantar ke rumah.

“Semalam ada penduduk yang buka pili bomba, jadi saya terpaksa berulang-alik sejauh 300 meter untuk menadah air,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... amai-mandi-di-ofis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055531 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list