Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki dibidas Fadhlina Sidek selepas menyindir Menteri Pendidikan itu di Dewan Rakyat kerana tidak mempunyai pengalaman menjadi guru.
Fadhlina berkata, walaupun tidak pernah menjadi guru tetapi beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengajar satu kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
FB
“Tak baik kata saya begitu (Parit Buntar). Saya nak beritahu Parit Buntar begini.. saya memang bukan guru, tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di kursus diploma pentadbiran kehakiman dan guaman syarie di UKM,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan.
Terdahulu, Misbahul yang merupakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta Fadhlina supaya cuba menjadi guru dalam tempoh seminggu, bagi memahami bebanan yang dihadapi oleh golongan itu.
Misbahul berkata bebanan guru di sekolah amat berat kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sehingga ada diantara mereka terpaksa membawa pulang kerja-kerja tertangguh ke rumah.
“Menteri pendidikan mungkin tiada pengalaman jadi guru, kalau boleh masuk sekolah ajar selama seminggu cukup, baru tahu.
“Jangan buat-buat praktikal, macam praktikal mengajar di dewan Parlimen, buat kita macam murid-murid. Masuk sekolah, rasainya bagaimana peritnya dan deritanya guru-guru menanggung beban yang sangat berat,” katanya.
Fadhlina juga meminta Misbahul tidak mempertikaikannya mengenai soal tidak pernah menjadi guru atau memintanya berlakon menjadi guru.
“Saya mengajar (dalam bidang) hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya nak berlakon nak mengajar. Jangan begitu,” katanya.
Post time 29-3-2023 02:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mrngajar pelajar diploma lain dgn mengajar di sekolah kebangsaan dan menengah.pergi ke sek yg ada 25 kelas dlm satu aliran .perit jugaklah .skrg ni..yg merosakkan kdg little napoleon kt sek.kpm bg arahan lain..jpn lain..ppd lain..eh kt sek lain plak..acaner tu..
Post time 29-3-2023 04:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi tak sukalah Cara dia bercakap dlm Parlimen. Style dia jenis ramah perempuan lindungan kaabah yg melayan jawab balik org lelaki usik dia gitu... Tak reti iols nak explain, tapi rengsa yach
lepas baca post ni terus tengok video dia berucap.. nilah pertama kali dia tengok dia berucap
aku rasa dia tak ramah. tapi aku rasa dia ni cukup annoying... .. di samping dia nak tanya soalan, dia juga selitkan unsur-unsur ugutan dan bahan-bahan perisa.. seolah-olah pihak lawan ni berkemungkinan ada buat salah..