CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 6

Sanggup Berhabis RM5.4 Juta Nak Jalani Hidup Macam Kim Kardashian

[Copy link]
Post time 23-3-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pempengaruh sanggup menghabiskan lebih 1.1 juta pound (RM5.4 juta) untuk menjalani kehidupan seperti selebriti terkenal, Kim Kardashian.


Lapor Mirror UK, Chaly D.N. yang memiliki 1.2 juta pengikut di laman Instagram berkata, dia sanggup mengeluarkan belanja besar untuk kelihatan seperti Kim kerana sering ditegur mempunyai wajah serupa dengan bintang realiti itu.




IG Chaly




Malah, wanita itu turut memiliki puluhan busana sama daripada pereka fesyen terkenal kegemaran Kim termasuk Givenchy dan Tom Ford.


“Almari pakaian saya dipenuhi semua yang disukai Kim. Selain jam tangan Rolex berharga 30,000 pound (RM164,500), saya juga memiliki gaun bernilai 4,000 pound (RM21,934) yang pernah dikenakan Kim serta kot bulu Givenchy berharga 7,000 pound (RM38,375) seperti milik Kim.


“Pakaian pilihan Kim sangat cantik. Saya memakainya setiap musim dingin.  Ketika saya memakainya, saya merasa seakan sayalah Kim Kardashian,” katanya.


Chaly turut mengakui banyak menghabiskan wangnya mengikut perkembangan fesyen Kim dan kerap menukar beg tangan mengikut apa yang dipakai selebriti kesayangannya itu.


Wanita berkenaan turut mendakwa,  selain suntikan Botox, dan pembedahan pembesaran payudara, wajahnya benar-benar asli dan kelihatan seperti Kim secara semulajadi.


“Saya hanya terinspirasi dengan penampilan Kim selepas terlalu  ramai orang yang menegur saya mengatakan wajah saya mirip sepertinya.


“Tetapi sejujurnya saya tidak pernah mencuba atau sengaja membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Kim. Wajah saya secara kebetulan terlihat seperti Kim dan saya mencintai diri saya seadanya,” jelasnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit dia. Ada penaja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:07 PM | Show all posts
kesian hidup nak jadi org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:44 PM | Show all posts
Dah kaya bina lah imej sendiri nyah.. nape nk copy2 org sgt
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pitam…..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:10 PM | Show all posts
bodoh nyer lah
kalu ko buat branding sendiri lagi bagus
copy minah tu ko selamanya akan jadi penyamar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2023 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
I tgk dkt ig dia mcm kim aponya??? Buta ke yg ckp mcm kimK?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.177063 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list