View: 6936|Reply: 78
|
Najib Dah Berulang Kali Bagi Amaran, TH Tak Mampu Tampung Kenaikan Kos Haji
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah memberi amaran bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan mampu menampung kenaikan kos haji lalu harga pakej haji terpaksa dinaikkan.
Penganalisis politik, Lim Sian See menerusi hantaran di Facebook berkata, Najib juga berulang kali beri amaran sejak Januari 2019 bahawa kadar hibah TH akan turun serendah 3.0 peratus pada tahun-tahun berikutnya.
Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat ramalan tersebut selepas kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) menukar strategi pelaburan TH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memberitahu, kos menunaikan haji bagi tahun ini akan meningkat kepada RM30,850 setiap jemaah.
FB
Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, golongan T20 perlu membayar kos penuh manakala jemaah M40 pula sebanyak RM15,980, setelah ditolak bantuan kewangan haji 48 peratus.
Golongan B40 yang menikmati bantuan kewangan haji 61 peratus kekal membayar sebanyak RM10,980 seperti sebelum ini.
Sian See menambah, Najib juga pernah mencadangkan penyelesaian yang boleh diambil kerajaan bagi membolehkan TH menjana keuntungan yang lebih tinggi.
Beliau memberitahu, antara cadangan bekas Menteri Kewangan itu adalah pelaburan hartanah oleh TH melalui pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun, kata Sian See, sebelum PRU14, ramai pihak yang membantah pembelian tersebut sehingga menyebabkan TH menjual semula tanah tersebut kepada kerajaan PH.
Menurut beliau, situasi berbeza dialami oleh WCT Holdings Berhad (WCT) yang membeli lot tanah bersebelahan dengan yang pernah dimiliki TH di TRX.
“Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang.
“Untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi haji ataupun naikkan hibah terlepas,” jelasnya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
BIASALAH...ada dulu macai pakatan cakap macam2 sebelum pru14 pasal pembelian TH untuk tanah TRX tu, tapi terntyata muntri salah titik perpuluhan yg merupakan akauntan fail ditambah muntri kekanda yg tak ada pengalaman dalam uruskan public trustee fund tak mau dengar dan nak nampakkan pentadbiran dulu menyeleweng, at last apa jadi?? dividen rendah dan kos haji meningkat dan camana TH nak tanggung? |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, anak-anak pun dah kerja bagus. Biar je lah siapa yang betul-betul mampu baru pergi sana. Bertambah dengan populasi orang Melayu pun makin banyak, tak perlu bagi subsidi apa semua ni dah.
Kalau yang miskin tak mampu nak pergi Haji tu, tak payah lah sibuk nak pergi, sebab tak wajib pun pasal kau pun tak layak dari segi kewangan. Kau orang nak sangat tengok Kaabah, pergi umrah dah lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok laa sgt. Sampai bila nak tongkat |
|
|
|
|
|
|
|
buat apalah ditukar strategi pelaburan TH....
kembalikanlah seperti dulu...agar dapat memberi hibah yg tinggi kpd penyimpan disamping dapat memberi subsidi kepada jemaah haji.
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk pakej swasta haji dah nik jadi double sbb muassasah utk T20 dah Rm30k... |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan buka TH untk permudahkan rakyat pegi haji, belum tentu kita banyak duit boleh sampai ke Mekah tu..
ada yg dah sampai airport tinggal nak naik flight tup2 visa hilang, kena balik rumah...
kalau u muslim I doakan Allah beri hidayah wallahu alam, mesti u pernah dengar ayat permudahkan urusan org Insya Allah urusan kita dipermudahkan
paham2 sendiri lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yang miskin tak mampu nak pergi Haji tu, tak payah lah sibuk nak pergi, sebab tak wajib pun pasal kau pun tak layak dari segi kewangan. Kau orang nak sangat tengok Kaabah, pergi umrah dah lah.
ayat ni mendongak ke langit sangat ni, jgn sampai esok lusa u pulak jatuh tergolek dog... |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa...kalau tak puas hati nanti kita tukar balik..YB2 berkhidmat utk rakyat ka rakyat berkhidmat utk YB? Sila pilih yang mana satu memenuhi keperluan kita... |
|
|
|
|
|
|
|
pokcik tak mampu nak pergi haji dan umrah |
|
|
|
|
|
|
|
gangerina replied at 23-3-2023 02:15 PM
ayat ni mendongak ke langit sangat ni, jgn sampai esok lusa u pulak jatuh tergolek dog...
betul la tu dah kalau kita tak mampu tak perlula merintih hiba. mampu ni bkn kewangan semata. kalau berduit tp melepek je badan sakit itu ini pun tak mampu. dah dlm islam pun kata wajib bagi yg berkemampuan. melainkan doa seikhlas hati diperkenankan dan dijemput Allah ke sana maka pergi la kita wpun hrga mahai supe bedil pun
|
|
|
|
|
|
|
|
bak mai la duit negara yg berkepok2 simpan tu sampai berhari2 kira pun x abeh. rasa mampu dah tampung semua kenaikan kos. |
|
|
|
|
|
|
|
betulll...klu xmampu x jatuh wajib pn pegi haji...pegi je umrah dlu yang terbuka 10 bln ada msa n pilih lh pakej yg hrga lg rendah drpd pegi haji..
sama je pahala nya klu dh sampai sana fokus ibadat sungguh2...
|
|
|
|
|
|
|
|
soalnya skrg B40/M40 lg mampu pegi haji dari T20 paras minimum nk ke M40 bila gomen buat mcm ni....sbb jauh gila beza harga T20 dgn B40 |
|
|
|
|
|
|
|
siapa lantik pengerusi TH yang dot.dot.dot. itu? |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 23-3-2023 03:00 PM
soalnya skrg B40/M40 lg mampu pegi haji dari T20 paras minimum nk ke M40 bila gomen buat mcm ni....s ...
Betul sgt..mana blh pukul rata semua T20 lena byr rm30k...beza byk wehhh T20 gaji rm16k dgn T20 gaji rm40k...sakit hati pulak |
|
|
|
|
|
|
|
tak mampu tanggun kenaikan kos haji ni ni apa maksudnya?
memang orang expectkah tabung haji sentiasa boleh maintain kos? memang tak bolehkan..
kata-kata spt kalau tabung haji buat mcm ni patutnya dapat begini adalah sangat kabur .. tak semestinya perancangan akan tercapai spt itu kerana kesilapan boleh berlaku dimana-mana... lagi pun dah rakyat pilih kerajaan dan pm masa tu pulak dah pilih menteri kewangan dan pentadbir tabung haji siapa.. kena hadaplah prestasi orang-orang tersebut...
....tapi memang baguslah najib jadi pengkritik kerana memang dia pembangkang..tetapi setakat itu sahajalah, dia pun buat kesilapan yg bukan kecil kpd negara dan rakyat malaysia.. katalah najib menjadi pentabir th pun masa tu, tak akan mampu tanggung kos dan maintain bayaran haji selamanya..
.. jika dilihat dari tulisan forumer diatas, isunya yang kelihatan bermasalah ialah kerajaan melalui tabung haji memberikan layanan kepada orang kaya dan miskin yang berbeza... yg orang kaya kata tak adil.
orang kaya aku rasa tak ada masalah nak bayar penuh, kecualikan mereka dari giliran yang bercampur aduk dengan gililran orang miskin, selagi ada kuota berikan kepada mereka orang kaya dan mampu... kuota lebih yang tidak diisi oleh orang kaya maka itu barulah ikut giliran dan kuota haji. .. pentadbiran kewangan th kepada orang kaya itu tak perlu, cuma operasinya dah cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kos haji ni TH kenalpasti penama masuk kategori apa ya? mak aku surirumah tak bergaji, masuk kategori M40.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya sebelum ni elok je TH bagi dividen tinggi dan keuntungan pelaburan TH juga sangatblumayan
Tapi setelah ubah strategi, tetiba tak mampu bagi dividen macam dulu
Persoalannya, kenapa strategi diubah? Sape jaki sangat bila TH buat duit? |
|
|
|
|
|
|
| |
|