CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4678|Reply: 25

Rasuah dan integriti orang malaysia teruk?

[Copy link]
Post time 30-11-2010 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Indeks rasuah menunjukkan orang malaysia makin teruk...adakah ini merujuk kepada masyarakat secara keseluruhannya atau lebih kepada pasukan uniform seperti polis...imigresen..kastam atau marin?...

atau yg paling hebat ahli politik....yg suka gelapkan wang kerajaan utk diri sendiri...

Polis?......berapa persen agaknya yg tak rasuah?....

Imigresen?....ni susah nak cakap..sbb byk sangat indon..bangla...filipina..myanmar..nepal..boleh teka?..

kastam dan marin?....ni lagi susah sbb dioarang tak dapat kejar bot mat indon..bot laju vs bot nelayan..pemenangnya bot nelayan dgn muatan seperti sardin! haha

orang politik?...%?....

orang awam?....kawan makan rasuah kawan?...ni dajalkan orang..kawan tak ikhlas!

sbb member pernag pegi india dan indonesia..katanya rasuah kat sana tersangat le  "amazing"....buat ape pun mesti kena ada duit dalam poket..kalau tak..tak dilayan sama sekali...duit dah jadi "raja" dunia.....

harap malaysia pun tak jadi camtu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 05:57 PM | Show all posts
kat malaysia ni, orang tak segan-segan nak mintak rasuah...

pengalaman akulah kan, aku ni site engineer yang deal ngan jkr. jkr ni kekadang suka mintak macam-macam dari kitorang. contoh mintak bayarkan bil telefon la, mintak duit minyak kereta sebulan sampai beratus-ratus la, belanja makan bla bla bla. kalau permintaan diorang tak ditunaikan, mulalah melambat-lambatkan kerja je. nak dapat pengesahan diorang bukan main susah lagi... tak ke ni pun bleh dikatakan rasuah?

kat pulau pinang ni, ada sorang JKR ni, pangkat TA, dapat gelaran **** batak.  kenapa?  sebab die mintak main con sponsor die gi melancong, pastu die janji dia tak mo 'kacau' projek lagi tu.  die ni mmg terkenal ngan reputasi kalau tak kasi rasuah memang macam2 problem die timbulkan.  

rasanya rasuah di malaysia  lebih teruk, takyah kasi rasuah, diorang yang mintak rasuah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 08:00 PM | Show all posts
Rasuah.......
Di Malaysia pun isu Rasuah ni Bley Dikatakan Cukup AMAZING......Cuma Tida di gembar gemburkan...Tidak di canang...Ibarat mengunting dalam lipatan...Siapa pun tak perasan..Sedar sedar dah terkoyak...Sapa nak tampal...Sibuk lah salahkan itu ini...Padahal tuan punya Gunting diam ja Duduk kat umah Besar hasil rasuah....
Kita hanya nampak ikan ikan kecil yang lalu di perairan ...Kita rasa mereka ini yang menganggu laluan kita..Tapi kita tak sedar nun di bawah Bot kita ada ikan yang cukup besar..Yang tak mampu kita nak tangkap dengan Joran sahaja....Apa yang perlu kita buat?Kita buat hal kita sahaja....Yang makan gaji cukup bulan terima upah..Yang berniaga Cukup bulan kira profit...Lelain hal kalau ganggu..Jadi miserable......
Jabatan Mana yang tak mengambil Rasuah?Jabatan tu memang tak ambil..Tetapi Staff nya...Jabatan tau ke Staff yang ambil?Tak tau...Sesilap Ketua Jabatan Pun Dua kali Lima....So tepuk p tepuk mai......Tempias nya di tempat yang sama......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 1-12-2010 14:04

aku just nak share satu dr beberapa cerita yang berlaku disalah sebuat Jabatan Kerajaan di Jalan yang femes dengan aktiviti penguatkuasaan. Rsnya korang pun tahu kan..jabatan mana yang aku maksudkan...

Aku bohong kalau aku katakan yang aku tak tahu yang agensi penguatkuasaan ni tak terbabit dalam rasuah.......namun pengalaman teman member aku buat report pasal satu kes membuatklan aku rasa mcam perihal dan perilaku rasuah ni mcm takder SALAH....yang mengambilnya pun mmg muka lamngsung tak  BERSALAH.....

Ditengah2 kesebokan ramai org yang ada kat dalam tu...ada beberapa kakitangan yang secara terang2an melaungkan perkataan ini :-

" EN. XXXXXX........berapa orang tu kasik ko tadi???not2 ungu aku nampak tadik....makan jgn sengsorang k.... "

" Matttt ( bkn nama sebenar )....berapa masyukkkkkkkkk ari ni....aku nengok senyum je ko..."

" Ari ni lori je dah berapa bijik aku makan......gaji bulan ni tak terusik lagi la nampaknya..."

" Sambil berpaling kat rakan sejawatannya..." xxxxxxxx.....yang ni nak caj berapa yek????70/30 ok tak????....kawan dia.." ok lah tu.....tp aku dgn ko je la....org lain tak campur,..."

" xxxxxxxx ( nama ).....byk betui masyukkk.....gaji 5 bulan lepas sure tak berusik lagi kan...sambil ketawa terbahak2..."


Dialog kat atas tu bukannya dialog secara senyap2 atau main2 kod2 tertentu....tp diucapkan secara kuat...melaung2....bak kata....mcm nak bagi semua yang ada kat situ dengar tentang apa yang mereka lakukan seharian....mmg terkesima aku melihat apa yang berlaku....

aku hanya mampu..

itu yang dilakukan secara terang2an....yg dilakukan secara senyap2....tak tahu la berapa byk lagi kan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 02:32 PM | Show all posts
Betul tue Mod Medang......
Like bebaru nie we all dapat project sebuah ipta...Dan yang handle untuk sign pelepasan projek tu Orang Melayu,Agama Islam Hoccay,Yang syok nya Lebai putih atas kepala..Kat Ipta tu dia Di segani..Digelar Haji.........
Tetapi apa yang memeranjantkan Apabila sign LO...dia terus sound Nak bahagian Dia Sekian sekian banyak....Mak Aii....Setiap letak harga beb....Kita yang dengar ni pun naik Malu...Nak tak nak kita pun cakap Ok ja...Tak tahulah dah berapa banyak dia dok telan duit camni...Sia sia saja Pergi mekah 2 kali..Ini yang kita tengok luaran nya elok,bagus,alim ala bagai..Kalau yang jens JIN pula taktau la cara MAKAN nya macamana......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by al_gojos at 2-12-2010 11:06

"Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,
atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu,
dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008,
hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan,
atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan
yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta,
atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada
pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir."                        
(Seksyen 25(3) SPRM 2009
)

"Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah
dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan
di dalam mana-mana mahkamah. Dalam hal maklumat,
segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat
hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan."
(Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 11:12 AM | Show all posts
kalau ada yang nak bagi info boleh la pm i....hehehehe
i bukan SPRM tapi tau saluran yang selamat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:05 PM | Show all posts
bagus niat al-gojos ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 02:04 PM | Show all posts
bagus niat al-gojos ...
medangmru Post at 2-12-2010 12:05


bukan apa medang....public selalu cakap yang agensi kerajaan tak buat kerja...
contohnya SPRM,tapi tengok kat sini dah berapa maklumat/aduan yang patut
dimaklumkan/direport ke SPRM tapi tak disalurkan...sebab apa? sebab wujud
keadaan win-win situation....tapi kalau sebelah lagi pihak tak puas hati then
barulah nak pi report ada permintaan rasuah oleh sipolan-sipolan...tapi tak boleh
nak salahkan jugak sebab nak bagi jalan kerja memang ada jugak tawar menawar ni.
Cuma kalau kita ada kesedaran dan tahu padahnya rasuah ni elokla pergi lapor
kat pihak yang sepatutnya....biar orang2 gomen yang dok minta rasuah tu kena tangkap
dan dibuang kerja dan berkuranglah golongan perasuah ni.

aku banyak bergelumang dengan agensi penguatkuasa jadi tau la sikit
sebanyak tentang hal ni....jadi kalau sesapa nak report/nak salur maklumat
boleh pm aku...tak yah pegi ofis/balai SPRM pun....jumpa lunch ja.

*niat baik ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Tangan yg menghulur adalah lebih baik dari tangan yg menerima, tp tgn yg menrima lebih loaded dari yg memberi......itulah rasuah.
Tidak dapat tidak, fitrah manusia itu sentiasa ingin kepada benda2 yg lebih baik, tanpa sedar batas2 diluar aturcara pegangan agama. Manusia sentiasa menerima ujian, untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba. Ada yg kaya, diujinya nafsu ingin lebih kaya...so terima rasuah, ada yg miskin, diuji nya naluri nafsu ingin kpd benda2 yg tak mampu dimiliki melainkan menerima sesuapan yg bukan hak...maka rasuah
Ada juga yg diuji dengan keinginan pangkat dan kedudukan...maka rasuah berlaku untuk  mendapat kedudukan tersebut. Ada juga diuji dengan menyalah gunakan kuasa, polis, kastam,etc disebakan tarikan kearah duniawi ini cukup hebat.
Maka selagi manusia belum menjadi  insan, selagi belum dpt memmenuhi kenginan nafsu haiwan, maka rasuah akan terus berleluasa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 03:57 PM | Show all posts
Selain kata jabatan/pegawai itu ini rasuah/korup.....kena tengok jugak yang memberi tu...tu pun SAMA aje....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 02:44 PM | Show all posts
bukan apa medang....public selalu cakap yang agensi kerajaan tak buat kerja...
contohnya SPRM,t ...
al_gojos Post at 2-12-2010 02:04 PM


dah alang2 gojos ada kat sini...nak jugak tahu serba sedikit maklumat yang diperlukan oleh Pihak2 Berwajib ni drpd Pengadu. Contohnya maklumat2 yang mungkin bergubna spt  tarikh, masa, Jabatan , Lokasi dsb yang perlu dilampirkan.

Mcmana pulak kalau maklumat bergambar???maklumat Audio ( rakan melalui HP/Pita perakam dsb nya ) ...adakah ianya membantu bagi tujuan penyiasatan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 02:45 PM | Show all posts
Selain kata jabatan/pegawai itu ini rasuah/korup.....kena tengok jugak yang memberi tu...tu pun SAMA ...
alphawolf Post at 2-12-2010 03:57 PM



    Yappppppppp......setuju yang ni.....

tp kan....ye lah...yang memberi tu TERPAKSA....kalau x beri masalah lain timbul...contoh je la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 04:57 PM | Show all posts
dah alang2 gojos ada kat sini...nak jugak tahu serba sedikit maklumat yang diperlukan oleh Pihak2
Berwajib ni drpd Pengadu. Contohnya maklumat2 yang mungkin bergubna spt  tarikh, masa, Jabatan ,
Lokasi dsb yang perlu dilampirkan.

Mcmana pulak kalau maklumat bergambar???maklumat Audio ( rakan melalui HP/Pita perakam dsb nya )
...adakah ianya membantu bagi tujuan penyiasatan..
medangmru Post at 3-12-2010 14:44


Med...apa yang ko sebut kat atas tu memang amat diperlukan oleh mana-mana
agensi penguatkuasa dalam menerima aduan rasmi.Itu dikatakan maklumat/aduan berkualiti
yang memudahkan siasatan lanjut dijalankan.kalau dah sampai ada audio/ visual record tu
memang macam dah bagi bonus kat depa la....

bagaimanapun maklumat yang simple juga amat berguna untuk agensi tembusi
corruption networking ni.  yang penting kita maklumkan macammana corruption
itu berlaku...dimana,bagaimana,siapa yang terlibat...otherwise sprm tahu macamana
nak go deeper. Kalau sekadar bagi maklumat macam ni...nama penuh ko pun depa
tak minta cukup la ko bagitahu "nama saya medang,apa-apa call saya no. ni ......"
itu ja,settle tanggungjawab ko sebagai rakyat yang prihatin. kalau depa rasa nak maklumat
lanjut depa call la hang...bukan nak record statement pun just sembang2....

ini semua dari pengalaman aku yang pernah bagi maklumat kat sprm...tak de nak pi court
pun....paling tidak ajak jumpa lunch...tu ja.

*pm aku kalau ada yang nak bagi maklumat tapi tak tau source yang simple

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 02:49 AM | Show all posts
aku just nak share satu dr beberapa cerita yang berlaku disalah sebuat Jabatan Kerajaan di Jalan yan ...
medangmru Post at 1-12-2010 14:02



    bahagianya hidup mereka makan duit haram atas bumi tuhan ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 08:21 AM | Show all posts
Yappppppppp......setuju yang ni.....

tp kan....ye lah...yang memberi tu TERPAKSA....kal ...
medangmru Post at 3-12-2010 14:45


Point.....kalau jenis yang 'permohonan encik ni blablabla tapi kalau balabla..." tapi kalau setakat kena tahan polis aje?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 01:48 PM | Show all posts

Hmmm...

Indeks rasuah menunjukkan orang malaysia makin teruk...adakah ini merujuk kepada masyarakat secara k ...
redseven Post at 30/11/2010 14:54





Selalunya bila ada kes rasuah... Pihak yang 'menerima' rasuah sering dipersalahkang sedangkang yang menghulur 'senyum' saja... Aku rasa ini tidak adel sebab kita semer manusia... Setinggi mana pong integriti seseorang tu dedua pehak perlu memaingkang peranang... Kita ambek kuceng sebagai contoh... Cuba hulur ikang kat dia... Kenyang perut camne pong mesti tergoda gak walaupong sebelah ikang tu ada lidi 'menunggu'...

Pokoknya di sini... Kita patot tumpu camne nak hapuskang budaya 'menghulur' ni... Selagi adanya budaya 'murah hati' ni selagi tu lar rasuah tak akang habes... Jangang jadikang alasang 'terpaksa hulur' sebab diminta... bagi aku tu semer tu cuma alasang saja... Bila lepas hulur maseh 'tak dapat' pandai pulak nak buat repot kat polis dan SPRM...


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 10:23 PM | Show all posts
kalo org nak bagikk i resuah... i ajak dia gi masjid pastu hulor kat dia tabong masjid. "nah! kalo rasa2 ikhlas, silakan masuk sini"

kalo org bukan islam nak bagikk resuah, i akan panggey org lain "kak, apek nih nak belanja akak KFC... amik arr duit yg dia hulor tu"
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:56 AM | Show all posts
Pokoknya di sini... Kita patot tumpu camne nak hapuskang budaya 'menghulur' ni...
Selagi adanya budaya 'murah hati' ni selagi tu lar rasuah tak akang habes... Jangang jadikang alasang '
terpaksa hulur' sebab diminta... bagi aku tu semer tu cuma alasang saja... Bila lepas hulur maseh
'tak dapat' pandai pulak nak buat repot kat polis dan SPRM...
AceHand Post at 5-12-2010 13:48


setuju dengan smod.....mentaliti terpaksa menghulur memang susah nak kikis dari masyarakat kita....
sepatutnya mentaliti berdosa kena tanam dalam sanubari sejak awal usia didikan lagi...ko buat salah
ko kena tanggung...contoh cakap phone masa drive dan kena tahan polis,tok sah nego2 lagi...terus
minta polis saman...terjadinya rasuah adalah kerana ada tawar menawar...dah salah terima ja saman
tu...ni bila polis kata saman rm300 cik,so camana? dah mula goyah terus bagi rm50 sebab nak
elak rm300 tu...memangla dapat jimat tapi rasuah tak kan dapat dihapus sampai bila2 la...pastu
nak salah agensi kerajaan yang tak efisien.....

Indek Transperancy International mengambil kira pandangan pelabur2 asing yang berniaga di Malaysia....
kebanyakkan statement dari investor mengatakan konsep "no money no talk" diamalkan di Malaysia oleh
banyak agensi kerajaan cuma masih berselindung....ini menyebabkan investor baru tak mau buka bisnes
diMalaysia yang pada anggapan mereka adalah negara corrupt...so dapat tak bayangkan kesan longterm
kepada ekonomi...ini yang dikatakan rasuah adalah barah...kita sebagai rakyat kena cegah..kena ambil
tindakan...tidak ada pemberi maka tidak adalah penerima kalaupun bukan untuk diri kita tetapi
untuk generasi anak cucu kita....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:55 PM | Show all posts
er..
yg aku tau..kilang haku pon byk jgk kasik rasuah org2 kg n pihak berkuasa dan sebagai nye.
sebab aku pikir..lojik nye..cemana laaa buleh lulus dgn bunyi bising n pencemaran udara etc.

yg haku tau..bab org2 kg..time korban..musti kasi tumbang 5-6 ekor lembu..kalo time bukak skolah, musti buat charity kasik baju skolah etc utk tutup mulut org kg..

er...kalo dari mata aku sbg pekerja..tahap pencemaran udara mmg tak lulus pon n debu tebal gile..er...tapi haku tak penah dgr plak kena saman etc..haku nampak pihak berkuasa pejam mata aja...aku pikir2..musti kompani aku kasi suap kaw2 ngn penguatkuasa. Bab safety plak, er..ade encik safety pon..aku rasa skdr gajah putih je n tiada taring...suem nak cut cost, aku rasa byk kilang2 camneh...yg aku penah sembang, kilang sebelah kami ni..kalo nak PPE pon kena beli sendiri, kompani takde provide..hoho..kilang aku nasib lah jgk ade PPE. tapi itu la, sbut je bisnes, musti deme pikir nak jimat kos aje.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.113468 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list