CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6739|Reply: 0

Jenis-Jenis Wet Tissue Anak Tak Sama Semuanya, Ini Bahan Kena Elakkan

[Copy link]
Post time 19-3-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Jenis-Jenis Wet Tissue Anak Tak Sama Semuanya, Ini Bahan Kena Elakkan



Tisu basah antara barang keperluan bayi paling penting kerana ia memudahkan urusan ibu untuk menjamin kebersihan dan keselasaan si manja. Walaupun ia memudahkan dan menjimatkan masa namun, ibu bapa perlu tahu bahawa tidak semua jenis-jenis wet tissue selamat digunakan untuk anak.

Ini kerana kandungan di dalam wet tissue boleh meningkatkan risiko masalah kulit dan hormon tidak stabil. Jadi, pastikan ibu ayah elak enam bahan bahaya ini. Kesian anak…

JENIS-JENIS WET TISSUE ADA BANYAK, INI BAHAN KENA ELAK

https://media.siraplimau.com/2023/03/wet-tisu.png

1. Pewangi tiruan, parfum, fragrance  

– Boleh mengganggu hormon anak seawal usia mereka satu hari.

2. Phenoxyethanol  

– Meningkatkan risiko masalah kulit contohnya ekzema, dan juga gangguan sistem saraf.

3. Sodium benzoate

– Menyebabkan toksik pada organ tubuh anak.

4. Polysorbate 20

– Sangat toksik untuk kulit, darah, dan boleh sampai ke otak anak.

5. Paraben

– Mengganggu hormon anak.

6. Propylene glycol

– Menyebabkan alahan pada kulit.



Kita jarang nampak kesan terus kimia toksik, selain masalah kulit. Masalah hormon, biasanya akan nampak apabila anak meningkat remaja.

Contoh paling mudah adalah haid tidak teratur. Bila pesakit remaja datang klinik, 50% akan ada masalah haid tidak teratur kerana puncanya adalah kimia toksik yang dah mengganggu hormon anak.

Jalan terbaik tak perlu guna langsung tisu basah. Bersihkan najis dan mulut anak guna air kan lebih baik. Bawa botol spray ke mana-mana. Lebih mudah dan bersih. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlana
https://siraplimau.com/jenis-jenis-wet-tissue/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list