CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8893|Reply: 0

Hati-hati dalam menyebar hadis hukum

[Copy link]
Post time 13-3-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Hati-hati dalam menyebar hadis hukum



APABILA membaca hadis tentang melintas atau berjalan di hadapan saf orang sedang bersolat tidak menjadi masalah perlu juga rujuk riwayat lain mengenai perkara itu.
Hadis sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-Quran amat perlu difahami dengan baik, apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hakam. Dalam aspek ilmu fiqah, hadis mengenainya disebut sebagai ahadith al-ahkam (hadis hukum). Terdapat pelbagai karya yang disusun oleh ulama bagi menghimpunkan ahadith al-ahkam ini. Antaranya seperti Umdat al-Ahkam oleh Imam Abd al-Ghani bin Abd al-Wahid al-Maqdisi, al-Imam fi Bayan Adillat al-Ahkam oleh Imam Izz al-Din Ibn Abd al-Salam, al-Muntaqa fi al-Ahkam oleh Imam Majd al-Din Abd al-Salam Ibn Taymiyah, al-Ilmam fi Ma'rifat Ahadith al-Ahkam oleh Imam Taqiy al-Din Ibn Daqiq al-Id dan Bulugh al-Maram min Ahadith al-Ahkam oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Pencerahan bagi setiap hadis hukum yang termuat dalam semua karya tersebut secara lebih terperinci pula dapat dirujuk dalam kitab yang mensyarahkannya ataupun kitab fiqah. Jelasnya, kefahaman hadis hukum perlu diambil daripada ahlinya dan sumbernya yang betul.

Adapun sekiranya seorang penuntut ilmu itu mengambil hadis hukum terus daripada kitab hadis yang asal atau bukan daripada sumber sebenar, kemungkinan ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kesalahfahaman dalam kalangan masyarakat. Malah, boleh jadi membentur dengan kearifan tempatan yang muktabar dan sudah diguna pakai sejak sekian lama.

Misalnya, dalam satu teks khutbah Jumaat yang mengingatkan jemaah agar tidak melakukan perkara yang lagha (lalai) seperti berbual-bual atau menggunakan telefon kerana rugi jika mereka sudah berada dalam masjid, tetapi tidak mendapat sebarang bahagian pun manfaat daripadanya berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Barangsiapa lagha, maka ia tidak memperoleh sebarang bahagian pun daripada Jumaatnya itu." (Riwayat Abu Dawud)

Walhal hadis itu berstatus daif dan bertentangan dengan mazhab fiqah tempatan iaitu mazhab Syafii yang menolak larangan keras dalam hadis berkenaan. Dalam masalah ini, hadis itu memang antara hujah mazhab yang mengatakan hukum lagha adalah haram dan menggugurkan semua pahala Jumaat. Sedangkan, menurut mazhab Syafii berdasarkan berbagai dalil hadis lain, hukum lagha adalah makruh dan hanya mengurangkan pahala Jumaat, bukan menggugurkan semuanya. Hadis daif seperti ini patut dielakkan dalam teks khutbah kecuali jika ia tidak berkait dengan aspek hukum hakam.

Misal lain, ada orang yang membaca hadis Ibn Abbas RA tentang melintas atau berjalan di hadapan saf orang yang sedang bersolat tidak menjadi masalah. Iaitu kata Ibn Abbas RA: "Aku datang dengan menunggang keldai betina dan ketika itu aku hampir menginjak umur baligh manakala Rasulullah SAW sedang bersolat di Mina (ketika Haji Wada') dengan tidak menghadap sebarang dinding. Maka, aku pun lewat di hadapan sebahagian saf, kemudian aku lepaskan keldai betina itu supaya ia dapat mencari makan. Setelah itu, aku pun masuk ke saf (untuk bersolat) dan perbuatanku itu tidak diingkari oleh sesiapa pun." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walhal, ia perlu melihat kepada riwayat lain kerana terdapat berbagai hadis sahih yang melarang seseorang melintas dengan sengaja di hadapan orang yang sedang bersolat. Antaranya, hadis Abu Juhaim RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya orang yang lewat
di depan orang bersolat mengetahui apa akibat dosa akan ditanggungnya, nescaya ia berdiri selama empat puluh itu lebih baik baginya daripada dia lewat di depan orang yang bersolat." Abu an-Nadhr berkata: "Aku tidak tahu apakah dia berkata empat puluh hari atau bulan ‎‎atau tahun." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)‎

Namun, hadis ini juga tertakluk dengan riwayat lain yang diriwayatkan tentang perintah meletakkan sutrah (had batasan seperti tombak, kayu atau garisan) di hadapan orang yang bersolat. Justeru, sekiranya diletakkan sutrah, hukum melintas di hadapan orang yang bersolat adalah haram. Namun, sekiranya tiada sutrah, hukum melintas di hadapannya tidak jatuh kepada haram.

Zahir hadis Ibn Abbas RA di atas menunjukkan Baginda SAW tidak meletakkan sutrah di hadapannya sepertimana penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. Kemungkinan baginda SAW bertujuan memberitahu tentang hukum harusnya berbuat demikian dalam waktu tertentu. Zahir hadis juga menunjukkan seolah-olah Ibn Abbas RA tidak melihat ada laluan lain disebabkan keadaan orang ramai yang sesak pada musim haji itu, maka harus beliau berbuat demikian disebabkan darurat. Justeru itu, tiada siapa yang membantah perbuatannya.

Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa berhati-hati jika ingin mengambil sesuatu hukum daripada satu hadis semata-mata.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)


Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... enyebar-hadis-hukum

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list