CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 0

Jamie dedikasi kemenangan buat ibu bapa

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Jamie dedikasi kemenangan buat ibu bapa


Jamie Lee Curtis memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di acara Anugerah Academy 2023. FOTO AP


Los Angeles: Aktres Jamie Lee Curtis, 64, mendedikasikan kemenangannya untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di acara Anugerah Academy 2023 kepada mendiang bapanya, pelakon Lee Tony Curtis dan ibu, pelakon Janet Leigh yang pernah dicalonkan untuk Oscar terdahulu.

Jamie dalam ucapannya, mengakui dia berasa amat terharu dengan kemenangannya itu yang sama sekali tidak diduga, apatah lagi ia anugerah Oscar pertama yang diterimanya.

"Ibu dan bapa saya, kedua-duanya pernah dicalonkan untuk Oscar dalam kategori berbeza. Bapa, Lee Tony Curtis dicalonkan pada tahun 1959 untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Defiant Ones. Manakala, ibu Janet Leigh adalah calon pada tahun 1961 untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Psycho.

"Selain itu, saya juga dedekasikan kemenangan ini kepada anda semua. Walaupun tahu ia kelihatan seperti saya berdiri di sini sendirian, tetapi tidak kerana saya sebenarnya mempunyai beratus-ratus orang di belakang.

"Kepada semua orang yang memberikan sokongan, tidak kira berapa ramai sekali pun, lihat kami baru saja memenangi Oscar bersama-sama!," katanya.

Terdahulu, Anugerah Academy bagi edisi ke 95 ini kini disiarkan secara langsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Jamie memenangi anugerah Oscar itu menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert yang dibintanginya bersama Ke Huy Quan dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Sebelum ini, Jamie juga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah

Screen Actors Guild (SAG) 2023 yang turut membawa kemenangan kepada Ke Huy untuk anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Yeoh pula dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -buat-ibu%C2%A0bapa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050439 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list