CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4180|Reply: 0

[Perak] Tiga maut, dua bot penumpang bertembung di Lumut

[Copy link]
Post time 7-3-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

LUMUT: Tiga maut selepas dua bot bertembung di perairan Lumut Pangkor, berdekatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu, membabitkan sebuah bot dengan 17 penumpang dan seorang tekong dari arah Lumut ke Pulau Pangkor, berlanggar dengan bot dengan dua penumpang dan seorang tekong dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Manjung serta dibantu TLDM, melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima maklumat jam 9.17 malam.

"Akibat pertembungan itu, 10 penumpang daripada bot dari arah Lumut ke Pulau Pangkor terjatuh ke dalam laut tetapi berjaya diselamatkan tekong bot terbabit.


"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Laut (HAT) untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, polis menerima makluman daripada HAT, tiga mangsa wanita berusia di antara 26 hingga 43 tahun meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

"Seorang lagi wanita berumur 43 tahun masih dalam rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 17 orang mangsa lagi dirawat sebagai pesakit luar," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

https://www.bharian.com.my/berit ... bertembung-di-lumut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.094017 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list