CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2063|Reply: 14

Bintang Hellbound, Yoo Ah-in positif kokain, ketamin

[Copy link]
Post time 2-3-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

YOO AH-IN

Bintang Hellbound, Yoo Ah-in positif kokain, ketamin

SELEPAS terjebak penyalahgunaan dadah jenis ganja dan propofol, kini bintang Korea Selatan, Yoo Ah-in disahkan positif kokain serta ketamin.

Media Korea Selatan melaporkan,pihak berkuasa mengesahkan aktor filem Hellbound itu disahkan mengambil dadah jenis kokain dan ketamin setelah membuat ujian makmal terhadap sampel rambutnya.

Kini, polis dalam proses menyemak rekod preskripsi ketamin untuk mengetahui sama ada pelakon berusia 37 tahun itu mengambil bahan terlarang tersebut secara kerap atau tidak.

Sebelum ini, Ah-in menjalani ujian air kencing dan rambut untuk siasatan lanjut pada 5 Februari lalu.

Hasil mendapati dia positif ganja dan ujian rambut diserahkan kepada Unit Siasatan Narkotik Agensi Polis Metropolitan Seoul oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.

Sama seperti laporan sebelumnya, pemilik nama sebenar Uhm Hong-sik itu pernah disahkan positif propofol.

Polis mengesahkan pelakon Burning itu akan dipanggil soal siasat seawal minggu hadapan.

Sejak awal Februari, polis giat menyiasat pemenang anugerah Grand Prize For Film Actor Of The Year semasa 6th Asia Artist Award pada tahun 2021 kerana menggunakan dadah jenis propofol secara haram.

Pelakon lelaki itu ditahan pada 6 Februasri setibanya dari Amerika Syarikat atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis propofol, tetapi hasil air kencing mendapati dia juga positif mengambil ganja.

Polis juga mencari dan melakukan serbuan di beberapa pusat kesihatan di Seoul yang disyaki membekalkan dadah secara haram kepada Ah-in sejak 2021.

Isu penyalahgunaan dadah melibatkan pelakon pemenang pelbagai anugerah terbaik di peringkat global itu mengejutkan bahkan membimbangkan peminat.



-KOSMO ! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adui dahlah suka dgn Yoo Ah In ni sejak tgk drama Sungkyunkwan Scandal to x sangka jadi penagih dadah terer berlakon tp sayangnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2023 05:50 PM | Show all posts


SIAPA YG KATA GANJA TU UBAT??????? KLU UBAT ASAL MEREBAK KE LAIN...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
oh noooooooo org tgh tggu hellbound 2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:34 PM | Show all posts
NOOOOOOO!! Dia ni dah la jenis berlakon best
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:07 PM | Show all posts
sayangkan. agak2 dia ni tenggalam, boleh timbul balik ke? knowing cancel culture kat korea tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiii.. sayang nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa dia ni dahla berlakon best harap tak kena cancel la. Dulu pun ada sorang actor kena cancel tapi sebab kes buli kat sekolah, Jisoo kot nama dia. Dah kena cancel terus hilang dari radar and dia pun best berlakon. Nasib le Kim seon ho dapat uncancel kan diri beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
So hellbound 2 kena reshoot balik ke? Sian pulak production team & pelakon lain.

Ada gosip sebab bf heols yang influence heols mendadih kan.

Ha Jung Woo & Ju Ji Hoon antara retis yang terlibat dengan drugs tapi boleh rebound balik. Sorang propofol sorang lagi ecstacy. Tapi pelakon pompuan park si yeon hilang kejap sebab issue proposal gak.

Tapi YAI ni banyak pulak jenis drugs positive kat badan heols eh. Entah boleh rebound ke tak ni. Movie heols Voice of Silence tu best
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Heols da la belakon best. Meh la duk mesia sini. Mesia ni kalau retis tu jahanam camne pun, masih lebat job kiri kanan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 14-3-2023 07:47 PM
So hellbound 2 kena reshoot balik ke? Sian pulak production team & pelakon lain.

Ada gosip sebab bf ...

boleh jadik tak nak speculate dia ada intention nak commit suicide? agak x logik sbb substances yg dia amik tu bercampur2 bukan 1 jenis je. patut lah badan dia mcm belon, kejap kembang kejap kecut
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Best die ni dalam cite veteran
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Naneyra replied at 7-3-2023 11:06 AM
Alaaa dia ni dahla berlakon best harap tak kena cancel la. Dulu pun ada sorang actor kena cancel ta ...

cancel culture dekat korea dahsyat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 03:12 PM | Show all posts
dia ni bkn pernah jd guest kt running man dulu, masa Gary masih ada..comel kiut org nya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu baca dia ada amek dadah ke ubat tah tapi jenis untuk binatang punya. Apa yang dia stress Sgt tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.080214 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list