CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 5

Pembunuhan Kejam Hong Kong Model, Abby Choi

[Copy link]
Post time 27-2-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by iolss at 27-2-2023 05:00 PM

Abby Choi dibunuh kejam kerana harta


Abby Choi




HONG KONG - Kira-kira dua minggu lalu, wajah Abby Choi Tin-Fung menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah digital, L’Officiel Monaco.
Tetapi, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kehilangan sosialit berusia 28 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Abby Choi pada Selasa lalu dan kemudiannya digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh miliknya, tiga hari kemudian.
Sebelum ini, ikon fesyen dan pempengaruh media sosial itu telah mencipta nama sebagai salah seorang individu paling disegani dalam industri berkenaan.
Wanita yang mempunyai gaya unik tersendiri itu bukan hanya popular di Hong Kong malah turut mempunyai peminat di seluruh dunia.



Abby sering dilihat menghadiri acara Paris Fashion Week dan tampil dalam sejumlah majalah terkenal seperti Elle, Vogue dan Harper's Bazaar.
“Saya adalah seorang individu yang sentiasa mengambil inspirasi dan mencuba gaya baharu. Kadangkala saya juga cuba mengenakan busana lebih mewah dengan gaya suai dan padan untuk tampak berbeza,” katanya menerusi wawancara baru-baru ini.
Tetapi, kehidupan glamor beliau berakhir dengan tragis apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai telah didalangi oleh bekas bapa mertuanya.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati rumah tiga tingkat yang menjadi lokasi penemuan bahagian tubuhnya dalam keadaan mengerikan dijadikan sebagai tempat 'menyembelih' Abby.
Beberapa laporan media mendakwa bekas bapa mertuanya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian hartanah mewah yang menjadi punca pertikaian hingga mereka tergamak membunuhnya tanpa perikemanusiaan.


Pihak berkuasa sedang berusaha mencari bahagian kepala, tangan dan tubuh mangsa.




Hanya kaki dijumpai
Pada Jumaat, polis Hong Kong menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan terancang susulan penemuan pelbagai bukti jelas di sebuah rumah di perkampungan Lung Mei Tsuen di Tai Po yang terletak di pinggir bandar raya tersebut.
“Kami sedang berusaha mencari kepala mangsa,” kata jurucakap polis, Alan Chung ketika mengesahkan sepasang kaki mangsa ditemui di dalam sebuah peti sejuk.Menurutnya, rumah itu turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging, namun tidak mempunyai sebarang perabot.
“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui,” jelasnya lagi.
Sebagai usaha menjejaki bahagian lain tubuhnya, kira-kira 100 anggota termasuk penyelam dari unit khas digelar Flying Tigers telah dikerahkan untuk melakukan carian di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O.
Operasi itu dilancarkan selepas siasatan awal mendapati bekas bapa mertua dan abang iparnya dilihat di kawasan itu pada Rabu, sehari selepas Abby dilaporkan hilang.
Ketika penemuan mengejutkan itu heboh diperkatakan media, bekas suaminya, Alex Kwong akhirnya berjaya ditahan di kawasan dermaga Tung Chung pada Sabtu.
“Kami percaya dia mungkin sedang menunggu bot laju sebagai cubaan untuk melarikan diri,” lapor South China Morning Post memetik sumber rapat dengan pihak berkuasa sambil menambah Kwong turut membawa wang tunai HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya.
Tanggung keluarga bekas suami
Walaupun sudah berpisah dengan Kwong, Abby dikatakan masih menanggung bekas suami dan keluarganya.
Wanita itu juga membeli hartanah di Kadoorie Hill di Ho Man Tin, sebuah kawasan kejiranan mewah di tengah Kowloon di bawah nama bekas bapa mertuanya.
Difahamkan, nilai pasaran hartanah itu dianggarkan berjumlah HK$45 juta (RM25.4 juta).
Pada tahun lalu, Abby memaklumkan rancangannya untuk menjual hartanah mewah tersebut.


Rancangan untuk menjual hartanah mewah Kadoorie Hill di Ho Man Tin telah mencetuskan kemarahan bekas bapa mertuanya.




Wanita jelita itu juga berjanji untuk menempatkan keluarga bekas suaminya ke kediaman lain, namun rancangan itu mencetuskan bantahan daripada mereka hingga membawa kepada pertengkaran mulut.
Siasatan pihak berkuasa juga mendapati Abby tidak mendaftarkan perkahwinan terbaharunya pada 2016 bersama Tam Chuk-Kwan anak kepada pengasas rangkaian restoran kasual di Hong Kong, TamJai Yunnan Mixian yang beroperasi di Tanah Besar China.
Kegagalan Abby berbuat demikian akan menyebabkan aset miliknya bakal diwarisi dua anaknya bersama Kwong.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung itu menyatakan berasa 'terganggu' dengan insiden pembunuhan ngeri tersebut.
“Ada yang mencadangkan kami melakukan upacara keagamaan untuk menenangkan roh si mati,” kata seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan.
Sebelum wanita itu dilaporkan hilang, Abby dikatakan menaiki kereta bersama bekas abang iparnya yang bekerja sebagai pemandunya.
Tetapi, media tempatan melaporkan Abby tidak sempat mengambil anak perempuannya dan ia adalah kali terakhir wanita itu dilihat masih hidup.
Pada Ahad, bekas bapa mertuanya dan abang iparnya telah didakwa atas tuduhan membunuh manakala bekas ibu mertuanya berdepan tuduhan menghalang keadilan.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 dan 65 tahun itu yang diberkas pada Jumaat akan dihadapkan di Mahkamah Bandar Kowloon pada Isnin. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku baca kt twitter kepala dia dah dijumpai.bapak mentua  musibat tu ketua kongsi gelap ka ?sbb mafia,kongsi gelap je yg main kerat2 ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2023 06:02 PM | Show all posts
Edited by iolss at 27-2-2023 06:04 PM
alesandra replied at 27-2-2023 05:06 PM
Tapi aku baca kt twitter kepala dia dah dijumpai.bapak mentua  musibat tu ketua kongsi gelap ka ?sbb ...

Btl. Dah jumpa....dlm periuk. buat sup katanya. gile btl.. kejam btl depa. hayoooo

Bapak mentua dia x puas ht sbb model tu nk jual rmh yg ex-in law tu ddk n relocate diorg ke rmh lain. RUmah tu nm bapak mentua dia (on paper) but all costs dibayar oleh Abby. So Abby nak jual, dah consult dgn legal so dia boleh proceed asalkan all docs lengkap. dr situ la ktnya punca xpuas ht..gitulah mengikut bacaan i.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:30 AM | Show all posts
kira baikla even dh ex, dia beli dan letak nama bekas bapak mentua..tp tamak sampai sanggup membunuh,moga dpt balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tak mampu nk baca berita owmbunuhan dia ni, kejam sungguh, mcm x terfikir ada org yg sanggup buat gini
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:01 AM | Show all posts
kejam betul well planned betul the killer
sampai sewa rumah and ada chainsaw siap
meols baca yg kepala mangsa dalam periuk sup tu terus loya tekak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052056 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list