View: 463|Reply: 0
|
Alfa Romeo azam beri tentangan
[Copy link]
|
|
JENTERA C43 milik Alfa Romeo melalui banyak proses penambahbaikan untuk memastikan mereka mampu memberikan cabaran musim depan. – FB ALFA ROMEO F1 TEAM STAKE
LONDON – Pasukan Alfa Romeo yang sudah mendedahkan jentera C43 dan mereka berazam untuk memberi tentangan hebat bagi mengubati kekecewaan selepas sekadar berada di kedudukan keenam kategori pengeluar Formula Satu (F1) pada saingan musim lalu.
Alfa Romeo yang bernadikan unit kuasa dari Ferrari dilihat melakukan beberapa perubahan terutama sidepods dan juga bahagian belakang jentera yang mengambil inspirasi dari jentera juara musim lalu iaitu Red Bull.
Pemandu Finland, Valtteri Bottas dilihat teruja dengan penampilan jentera tersebut, namun berharap pasukannya itu meletakkan sasaran lebih baik pada musim 2023 selepas mereka bergelut memperoleh keputusan yang konsisten.
Bekas pemandu Mercedes tersebut dilihat kecewa apabila gagal menaiki podium musim lalu selepas sekadar menghuni tangga ke-10 keseluruhan, manakala rakan sepasukan Zhou Guanyu di tempat ke-18.
“Kami perlu mencapai lebih banyak lagi keputusan terbaik. Pasukan sentiasa perlu meletakkan sasaran yang lebih baik termasuk diri saya sendiri.
“Jika pasukan mempunyai hala tuju, ia mendorong kami memperoleh keputusan yang positif dan meraih lebih banyak mata. Bagaimana untuk sampai ke tahap itu, ia adalah perkara sukar untuk dijangkakan.
“Tetapi, buat masa ini saya suka dengan livery baharu jentrera 2023 ini dan pasukan juga melakukan pembaharuan pada jentera 2023 ini,” kata Bottas.
Jentera C43 tersebut akan diuji sepenuhnya di Barcelona minggu ini sebelum kembali ke litar pada aksi pramusim pada 23 hingga 25 Februari di Bahrain. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... zam-beri-tentangan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|