View: 456|Reply: 0
|
Azroy mahu gelaran juara miliknya
[Copy link]
|
|
AZROY Hakeem Anuar (tengah). FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Pelumba pasukan Honda Yuzy Estremo, Azroy Hakeem Anuar ingin menjadikan musim ini miliknya dengan merampas kembali gelaran juara keseluruhan Cub Prix.
Hal ini kerana, Azroy yang menamatkan saingan di tempat kedua pada tahun lalu terpaksa menelan hakikat melihat kejuaraan yang dimenangi pada 2021 dirampas Ahmad Afif Amran dari pasukan Yamaha CKJ yang hanya dibezakan empat mata sahaja untuk perebutan gelaran juara.
Bagaimanapun Azroy yang bersaing dalam kategori perdana, CP 150 sedar persaingan tahun ini bakal menjadi lebih sengit memandangkan CKJ berjaya mendapatkan Akid Aziz yang sebelum ini menyinar bersama pasukan Onexox TKKR Racing dan pernah meraih kedudukan ketiga keseluruhan pada musim 2021.
"Persiapan saya adalah seperti biasa, cuma bezanya tahun ini kami mendapat penajaan yang baharu, jadi ia sedikit sebanyak melonjakkan semangat kami sepasukan, kerana sebelum ini kami berlumba di atas nama pengurus kami, Shahrol Yuzy semata-mata, jadi sekarang ada penaja baharu yang bersama kami, jadi kami kena buktikan yang kami boleh untuk membalas kepercayaan mereka.
"Tahun ini saya memang mahu jadi juara semula, dan saya mengharapkan rakan sepasukan saya akan lebih bersemangat dan positif untuk bersama-sama mencapai misi itu," katanya.
Untuk musim 2023, Azroy akan kekal bergandingan dengan dua lagi pelumba, Mohd Idlan Haqimi Raduan serta Shahrol Syazras, yang adalah anak kepada Shahrol Yuzy untuk membantu pasukan merebut podium dalam kesemua 10 perlumbaan yang akan diadakan pada musim ini.
Pusingan pertama Cub Prix 2023 dijangka akan membuka tirai pada 25 dan 26 Februari ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aran-juara-miliknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|