View: 473|Reply: 0
|
Perez mahu pelumba F1 bebas bersuara
[Copy link]
|
|
PEREZ tidak setuju kebebasan bersuara disekat dalam F1. FOTO AP
New York: Pemandu Formula Satu (F1) tidak berpuas hati dengan perubahan peraturan yang menghalang mereka daripada membuat 'kenyataan politik' semasa perlumbaan dan akan membincangkannya dalam satu kumpulan, kata Sergio Perez dari Red Bull.
Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) mengemas kini Kod Sukan Antarabangsa Disember lalu dengan klausa yang memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu untuk pemandu membuat atau memaparkan 'kenyataan atau komen politik, agama dan peribadi'.
Perez Mexico memberitahu pemberita di New York bahawa pemandu perlu boleh bersuara dengan bebas.
"Kami tidak berbincang dengan GPDA (Persatuan Pemandu Grand Prix) tetapi ia adalah sesuatu yang kami tidak selesa kerana kami mahu menjadi diri sendiri dan kami mahu dapat menyatakan diri kami dalam apa jua cara yang kami lakukan," katanya.
"Kita semua mempunyai pandangan yang berbeza, kepercayaan yang berbeza dalam agama. Saya faham dari sudut politik tetapi kita semua harus bebas untuk menyatakan diri mengikut cara yang kita mahu.
"Saya sukar untuk berfikir bahawa mereka akan dapat mengawal apa yang anda boleh katakan atau tidak katakan. Itu pada saya tidak betul. Tetapi kita akan membincangkannya."
Beberapa pemandu, terutamanya juara dunia tujuh kali Mercedes, Lewis Hamilton, menggunakan profil dan platform mereka untuk menangani isu.
Dalam kes Hamilton, warga Britain itu bercakap mengenai ketidakadilan kaum dan melaporkan pencabulan hak asasi manusia di beberapa negara yang dilawati F1.
"I just struggle to think that they will be able to control what you are able to say or not to say. That to me is not correct. But we will discuss that."
Several drivers, notably Mercedes' seven times world champion Lewis Hamilton, have used their profile and platform to address issues.
In Hamilton's case, the Briton has spoken out about racial injustice and reported human rights abuses in some of the countries Formula One visits.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-f1-bebas-bersuara |
|
|
|
|
|
|
| |
|