CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Haas pasukan pertama perkenalkan jentera 2023

[Copy link]
Post time 1-2-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

JENTERA baru Haas yang akan digunakan tahun ini. FOTO Agensi

Silverstone: Haas menjadi pasukan Formula Satu (F1) pertama mempamerkan wajah baharu jentera mereka untuk 2023 dengan keyakinan yang semakin meningkat musim depan selepas MoneyGram yang berpangkalan di Amerika Syarikat tampil sebagai penaja utama.

Pendedahan secara dalam talian menunjukkan kereta Ferrari itu menggunakan warna merah, hitam dan putih.

"Sangat baik kerana kami mula-mula keluar dari pintu untuk mempamerkan semangat kami tetapi perhatian kami tertumpu pada VF-23 di landasan terbaik dan bersedia untuk musim hadapan," kata bos pasukan, Guenther Steiner.

"Kami benar-benar mempunyai sesuatu untuk dibina berikutan persembahan tahun lalu."

Jentera baharu itu akan dipandu buat kali pertama di Silverstone pada 11 Februari sebelum diuji di Bahrain dari 23-25 Februari.

Saingan musim ini bermula di Litar Sakhir pada 5 Mac.

Haas menduduki tempat kelapan daripada 10 pasukan pada 2022 selepas menduduki tempat terakhir pada 2021.

Mereka mempunyai gandingan pemandu baharu dengan Kevin Magnussen dari Denmark kekal tetapi veteran Jerman Nico Hulkenberg menggantikan rakan senegara, Mick Schumacher.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nalkan-jentera-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.335316 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list