View: 1566|Reply: 16
|
Mati Seorang Diri, Dah Lama Baru Jumpa Mayat- Trend Godoksa Semakin Membimbangkan
[Copy link]
|
|
SEOUL – Korea Selatan berdepan masalah beribu-ribu penduduknya meninggal dunia keseorangan setiap tahun dengan ramai antara mereka di pertengahan usia, lapor portal berita CNN semalam.
Ramai daripada penduduk berkenaan diketahui meninggal dunia sama ada oleh jiran, kenalan atau saudara-mara mereka, hanya selepas beberapa hari atau minggu kemudian. Trend menyedihkan itu dikenali sebagai ‘godoksa’ (kematian sepi) di Korea Selatan.
Ia merupakan fenomena meluas yang cuba ditangani oleh kerajaan selama bertahun-tahun ketika penduduknya semakin meningkat usia.
 Foto: Getty Images
Di bawah undang-undang Korea Selatan, kematian sunyi adalah apabila seseorang yang tinggal bersendirian dan sebatang kara, meninggal dunia kerana membunuh diri atau sakit dengan mayat mereka ditemui hanya selepas tempoh tertentu.
Isu tersebut mendapat perhatian sejak sedekad lalu apabila jumlah kematian sepi meningkat, manakala faktor di sebalik trend tersebut termasuk krisis demografi negara, jurang dalam kebajikan sosial, kemiskinan dan pengasingan sosial.
Semua faktor tersebut menjadi semakin ketara sejak pandemik Covid-19 melanda Korea Selatan.
Pada tahun lepas, Korea Selatan mencatatkan 3,378 kematian godoksa, meningkat daripada 2,412 orang pada tahun 2017, demikian menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu minggu lalu oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan.
Walaupun kematian sepi memberi kesan kepada orang ramai, laporan itu menunjukkan bahawa lelaki berusia pertengahan umur dan warga emas kelihatan sangat berisiko berdepan situasi tersebut.
Bilangan lelaki yang mengalami kematian sepi adalah 5.3 kali ganda lebih ramai berbanding wanita pada tahun 2021, meningkat empat kali ganda daripada sebelumnya.
Penduduk yang berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an membentuk sehingga 60 peratus daripada kes kematian sepi pada tahun lepas dengan jumlah yang besar melibatkan usia dalam lingkungan 40-an hingga dan 70-an.
Mereka yang berumur 20-an dan 30-an juga menyumbang sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus kematian menyedihkan itu.
Korea Selatan adalah salah satu daripada beberapa negara Asia termasuk Jepun dan China yang sedang berdepan kemerosotan demografi dengan warganya mempunyai bilangan bayi yang rendah. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Trend ‘godoksa’ (kematian sepi) membimbangkan
Trend ‘godoksa’ membimbangkan
https://www.kosmo.com.my/2022/12/21/trend-godoksa-membimbangkan/
Oleh KOSMO!
21 Disember 2022, 8:15 am

Ramai penduduk yang berusia pertengahan umur meninggal dunia keseorangan di Korea Selatan. - Foto Getty Images
SEOUL – Korea Selatan berdepan masalah beribu-ribu penduduknya meninggal dunia keseorangan setiap tahun dengan ramai antara mereka di pertengahan usia, lapor portal berita CNN semalam.
Ramai daripada penduduk berkenaan diketahui meninggal dunia sama ada oleh jiran, kenalan atau saudara-mara mereka, hanya selepas beberapa hari atau minggu kemudian. Trend menyedihkan itu dikenali sebagai ‘godoksa’ (kematian sepi) di Korea Selatan.
Ia merupakan fenomena meluas yang cuba ditangani oleh kerajaan selama bertahun-tahun ketika penduduknya semakin meningkat usia.
Di bawah undang-undang Korea Selatan, kematian sunyi adalah apabila seseorang yang tinggal bersendirian dan sebatang kara, meninggal dunia kerana membunuh diri atau sakit dengan mayat mereka ditemui hanya selepas tempoh tertentu.
Isu tersebut mendapat perhatian sejak sedekad lalu apabila jumlah kematian sepi meningkat, manakala faktor di sebalik trend tersebut termasuk krisis demografi negara, jurang dalam kebajikan sosial, kemiskinan dan pengasingan sosial.
Semua faktor tersebut menjadi semakin ketara sejak pandemik Covid-19 melanda Korea Selatan.
Pada tahun lepas, Korea Selatan mencatatkan 3,378 kematian godoksa, meningkat daripada 2,412 orang pada tahun 2017, demikian menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu minggu lalu oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan.
Walaupun kematian sepi memberi kesan kepada orang ramai, laporan itu menunjukkan bahawa lelaki berusia pertengahan umur dan warga emas kelihatan sangat berisiko berdepan situasi tersebut.
Bilangan lelaki yang mengalami kematian sepi adalah 5.3 kali ganda lebih ramai berbanding wanita pada tahun 2021, meningkat empat kali ganda daripada sebelumnya.
Penduduk yang berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an membentuk sehingga 60 peratus daripada kes kematian sepi pada tahun lepas dengan jumlah yang besar melibatkan usia dalam lingkungan 40-an hingga dan 70-an.
Mereka yang berumur 20-an dan 30-an juga menyumbang sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus kematian menyedihkan itu.
Korea Selatan adalah salah satu daripada beberapa negara Asia termasuk Jepun dan China yang sedang berdepan kemerosotan demografi dengan warganya mempunyai bilangan bayi yang rendah. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kt presint 11 hari tu kira mcm ni la kan
'godoksa'
risau jgk klu time sorg2 kt rmh ni kan
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak dua menjak ni, galak depa buat drama LGBT. Promot lg gaya hidup bukan2. Lama2 esok tak berakyat, korea utara ambil alih |
|
|
|
|
|
|
|
Mak iols tggl sorg2. Ajak tggl sekali tak mau nye dia. Hari2 kitaorg cal. Klu mak xangkat masing2 mggelabah tny dlm group sapa dpt contact. Susah la org tua degil ni. Harap iols dh tua xdegil mcm tu  |
|
|
|
|
|
|
|
pasang cctv yang boleh pantau dari tepon tu
senang nak tengok pergerakan beliau di dalam rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun ada letak cctv kat bilik mak waktu dia sakit. kami serumah. tp senang nak pantau. ni dia dah pegi.. semua record cctv dpt jadi kenangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cucutokwan89: sejak dua menjak ni, galak dep ...
Yup iolss pon perasan dorg dah start selitkan adegan² lgbt ni. Sebelum ni takde pon nak masuk bab² lgbt ni. Paling ketara dlm revenge of others |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
revenge of others
lum ngk lagi la
tgh layan missing the other side
pasal kematian juga
perkampungan untuk
mayat yang tak dijumpai
nmpknya season 2
bnyk focus kat kanak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa inilah haluan Malaysia. Bezanya satu golongan berhenti membiak, dan golongan selain itu membiak beramai-ramai (agenda menghapuskan Melayu). |
|
|
|
|
|
|
|
birthrate kpop ni pun antara lowest in the world
|
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 21-12-2022 02:30 AM
birthrate kpop ni pun antara lowest in the world
Dah kos hidup melampau tinggi macam ntah apa ja. Singapore pun low birth rate kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau itu membahagaiakan why nott biar jelah |
|
|
|
|
|
|
| |
|