CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Selangor] Pemuda dikecam makan roti cicah air bah

[Copy link]
Post time 20-12-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Tindakan dua pemuda mencicah roti dalam air banjir dikecam.



PETALING JAYA – Tragedi banjir yang melanda beberapa negeri kini mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.

Lebih menyayat hati, ada juga yang melibatkan kes-kes kematian sejak ia dilaporkan.

Namun lain pula kisah dua pemuda mangsa banjir dipercayai di Kuala Besut, Kelantan, yang dikecam selepas bertindak mencicah roti dengan air banjir lalu disuap ke mulut masing-masing.

Mereka dilihat berkelakuan demikian tanpa sedikit pun perasaan geli, malah mampu ketawa gembira seolah-olah langsung tidak memikirkan tentang risiko penyakit di kemudian hari.

Video perkongsian Haziemi Haziz di TikTok itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap ia tindakan ‘tidak bijak’, semata-mata untuk mendapatkan bahan kandungan media sosial.

“Lebih baik kunyah roti saja daripada celup dalam air tu. Kena jaga kesihatan air tu dah campur macam-macam, air loji tu sekali,” tegur Mr. Kay.

“Semata-mata untuk content (kandungan). Apa pun smoga dipermudahkn segala urusan dan jaga kesihatan,” kata Liyaa Aziz.

“Sakit perut tak pasal-pasal pula. Agak-agak la,” ujar ulatsagu5.

“Baik-baik la air kotor tu. Pergi PPS kalau tak ada makanan. Saya pun dekat PPS ni antara mangsa banjir di Besut,” kongsi mrsCapri89 pula.

Video tersebut meraih sebanyak 186,700 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... roti-cicah-air-bah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.912841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list