CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Selangor] Bomba bantu angkat remaja 120 kg

[Copy link]
Post time 7-12-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengangkat remaja lelaki obesiti untuk dibawa pulang ke rumahnya di Apartment Cempaka, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. FOTO Ihsan JBPM

Kuala Kubu Bharu: Bomba terpaksa dipanggil bagi mengangkat remaja lelaki yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan kira-kira 120 kilogram untuk dihantar ke kediamannya, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, terdahulu, remaja lelaki berusia 13 tahun itu dipercayai menjalani rawatan di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, remaja lelaki berkenaan dibawa pulang oleh sebuah ambulans swasta ke rumahnya di Bukit Beruntung, di sini.

"Bomba menerima panggilan pada 7.30 malam sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, pihak ambulans swasta meminta bantuan untuk mengangkat dia dari ambulans ke rumahnya di tingkat empat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya memindahkan remaja lelaki itu dari pengusung ke beg kanvas dan dia terus dibawa naik ke rumah.

"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengangkat remaja lelaki itu.

"Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya jam 8.01 malam," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkat-remaja-120-kg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.566476 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list