View: 5457|Reply: 3
|
'Tolong Mama' - Comel Betullah Raja Permaisuri Agong Buli Anak-anak!
[Copy link]
|
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sememangnya dikenali sebagai seorang yang mesra rakyat selain aksi spontannya sering mencuit hati ramai.
 IG RPA
Terbaru, tular di TikTok video tuanku pemaisuri menyakat dua anakanda baginda di sebuah majlis.
Menerusi video dimuat naik pengguna dengan nama akaun @bellapetocks_ , terlihat baginda yang berada di atas pentas memanggil kedua-dua anakandanya naik ke pentas.
Namun, dua putera itu saling menunjuk antara satu sama lain sebelum kedua-duanya akur dengan permintaan bonda mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji permaisuri sporting dengan anakanda baginda selain memuji keperibadiannya yang merendah diri dan berjiwa rakyat.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa...acik iti dan pesennya yg not here not there. |
|
|
|
|
|
|
| |
|