Lelaki dipenjara selain permit memiliki haiwan digantung selama 15 tahun kerana melanggar banyak hak asasi haiwan.
Pengusaha telur ayam, Peter Armitage didapati bersalah membiarkan beribu-ribu ayam mati kelaparan di sebuah kandang yang dipenuhi tikus.
 The Sun/Crown Office and Procurator Fiscal Service
Kesalahan itu telah dilakukan di ladang miliknya di Lochquoy Farm, Durran berdekatan Castletown di Caithness.
Maklumat tanpa nama telah diberikan kepada pihak polis Highland pada 7 Julai, 2017 tentang keadaan ladang yang mendukacitakan itu.
 The Sun/Crown Office and Procurator Fiscal Service
Dua minggu selepas itu pada 18 Julai, pemeriksaan mengejut telah dilakukan ke atas premis tersebut oleh agensi kesihatan tempatan.
Hasil pemeriksaan mendapati banyak bangkai ayam dan telur yang membusuk serta najis tikus di merata-rata tempat.
 The Sun/Crown Office and Procurator Fiscal Service
Standard kesihatan berada pada tahap yang paling rendah di ladang tersebut.
 The Sun/Crown Office and Procurator Fiscal Service
Lelaki berumur 41 tahun itu telah dipenjara dua tahun dan tiga bulan selepas mengakui gagal menyelenggara premisnya dengan baik serta membiarkan kehadiran haiwan perosak yang membawa mudarat kepada haiwan ternakan.
Sumber: mStar
|