View: 1097|Reply: 11
|
'Insya-Allah Dalam Dua, Tiga Hari Ini' - Anwar
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap pengumuman mengenai pembentukan Kabinet dapat dilakukan dalam masa beberapa hari lagi.
“Kita terpaksa bergegas menyelesaikan masalah dengan semua komponen parti kerana kita harus segerakan untuk membentuk barisan jemaah menteri supaya diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan dapat kita umumkan, kalau boleh, dalam masa dua, tiga hari ini. Insya-Allah.
 FB Anwar
“Setakat ini hampir seluruhnya sudah hampir beres dan saya akan cerakin, berkemaskini.
“Lepas cerakin kita telusi, meneliti, dan menelaah,” katanya pada majlis perhimpunan bersama aktivis Reformasi yang disiarkan di laman Facebooknya malam tadi.
Anwar menjelaskan hampir keseluruhan barisan Kabinetnya sedang dimuktamadkan dan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 8 pagi nanti.
Selepas itu, Perdana Menteri akan bergerak ke Perak bagi menghadiri majlis kenduri rakyat di Ipoh, Perak pagi nanti.
Anwar juga dilaporkan berkata akan mencadangkan agar gaji menteri dikurangkan susulan iklim ekonomi negara tidak menentu dan dengan rakyat jelata yang berdepan kesukaran.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 2-12-2022 11:50 AM
Org lain jd piyem..org lain pulak yg tak sabar ye 
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak dengar perkataan cerakin. |
|
|
|
|
|
|
|
dsai suka guna perkataan yg jarang org guna tp mempunyai maksud yang lbh sesuai sbnrnya
memperkayakan perbendaharaan kata
gitu 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurdianah replied at 2-12-2022 11:31 AM
Org lain jd piyem..org lain pulak yg tak sabar ye
Maupakat National tersenyum sinis.. |
|
|
|
|
|
|
|
cina buat kabinet dapur 3 hari pun siap dah boleh pasang kt dinding |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 2-12-2022 11:49 AM
dsai suka guna perkataan yg jarang org guna tp mempunyai maksud yang lbh sesuai sbnrnya
memperkaya ...
Itulah. Bagus juga. Kalau tak selalu baca perkataan budak-budak BBNU ni lagi i yang kertu ni tak faham. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
dan aku tunggu dia up kan semula sebutan baku walau pun aku orang Johor. Aku percaya itu satu ja cara kalau nak BM ni diterima 270 juta penutur Bahasa Indonesia. Bangnon dah lama nampak implikasi perkara ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
takkizawa replied at 2-12-2022 11:44 AM
Lama tak dengar perkataan cerakin.
Kalau di sekolah selalu guna
Cerakinkan nombor
Cerakinkan sukukata dll |
|
|
|
|
|
|
| |
|