Mayat lelaki ditemukan telentang di kerusi hadapan sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah kedai cuci kenderaan di Bandar Manjalara, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima maklumat daripada panggilan Mers 999 berkenaan penemuan mayat lelaki di dalam sebuah kereta, pada 3.17 petang.
 MAYAT lelaki ditemukan dalam kereta. FOTO Ihsan PDRM.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan seorang lelaki berusia 56 tahun didapati meninggal dunia dalam keadaan terlentang di kerusi hadapan kereta.
" emeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beh berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti sebab kematian.
"Isteri mangsa berusia 49 tahun yang tinggal berhampiran tempat kejadian dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.
Sumber: Harian Metro
|