View: 1428|Reply: 21
|
Ibu Anak Tiga Dipenjara 10 Bulan Curi Seluar Dalam Lelaki
[Copy link]
|
|
MELAKA – Seorang ibu tiga anak dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian termasuk pakaian dalam lelaki di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu.
Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, yang membuat pengakuan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 milik pasar raya Aeon Bandaraya Melaka.
 Foto: Kosmo
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.50 petang pada 24 November 2022.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau berulang boleh dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil, selain ibunya kini menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser dihidapi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan sama.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh ditangkap pada 24 November lalu.
Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan hendaklah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38(B) akta sama atas kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah jenis heroin pada hari ditangkap.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Januari tahun hadapan bagi menunggu laporan patalogi dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mak aihh mahalnye sampai 1k lebih..baru nk ckap stakat curi spender tu lepaskan je la bru bpe sen na.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia ada fetish kpd seluar dalam lelaki...semacam lelaki ada fetish panties pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Samala cam lebai forem pun anti yahudi tp bab puting dialah juara. Besok jd gang curik coli le.. kecik2 lelama jd bukit  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan seluar dalam sahaja:
"telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 milik pasar raya Aeon Bandaraya Melaka."
|
|
|
|
|
|
|
|
dia nak pakai ke jual ke bagi lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
ke curi utk lakinya? malunya dik, org islam mencuri, mendadah. anak dia la yg malu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurdianah replied at 1-12-2022 03:12 PM
Machiam..machiam..
Kau ni kan tercemar mata weolls tau dgn gif ni |
|
|
|
|
|
|
|
Smpai mahal camtu skli jumlah harganya, sheol ambil yg branded undergarments ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak kesian.
Sekali, taik dadih. Dgn dah buat berkali2, huh.
Hah padan muka ko kak |
|
|
|
|
|
|
|
pelbagai jugak jenayah dia rupanya. mintak dijauhkan |
|
|
|
|
|
|
|
menagihkah? kurus keding sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru nk compare hukuman dgn ex laki amelina, skali tgk dia mendadih, elok humban je dlm penjara lama2. Masa mendadih mencuri tk ingat anak2 pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Curi nak kasi kat laki dia kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 2-12-2022 08:18 AM
Aku baru nk compare hukuman dgn ex laki amelina, skali tgk dia mendadih, elok humban je dlm penjara ...
Yg pukul Bini tu exlaki Amelina yer ..
Amelina nie meols pnh jumpa kat kedai mkn back in 90's, dia borak dgn kwn satu kedai bole dgr. Kuat giler berckp....dasar attention seeker... |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. anoyying betul gambar 
|
|
|
|
|
|
|
|
apa la akak ni..da la mencuri mendadih plak tu..hai la kak x kesian ke kt 3 org anak2 tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|