View: 2095|Reply: 22
|
Kesan Sampingan Teruk Akibat Vaksin Covid-19, KJ & DG Hisham Disaman
[Copy link]
|
|
Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin COVID-19.
Kumpulan seramai 44 orang mangsa itu yang diwakili firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co turut memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.
Peguam firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co, Muhammad Shahrin Satheer berkata, kumpulan tersebut mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin COVID-19.
"Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.
"Anak guam kami menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defendan kepada plaintif akibat daripada kesan sampingan teruk suntikan COVID-19 yang telah menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa yang ditanggung plaintif-plaintif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, ketiadaan bukti vaksin yang pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan terhadap pengguna juga menjadi antara asas tuntutan saman tersebut.
"Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.
" laintif juga menuntut sebuah injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan," ujarnya.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
weols baru lepas ambil 2nd booster.
seperti biasa takde apa2 efek |
|
|
|
|
|
|
|
wuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sape yg nasib x baik kena kesan buruk vaksin ni...semoga urusan mereka dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksin? |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya Shahrin Satheer Kamal & Co
nak harap ricolaw dan norashikin dulu sembang nak class suit action??? cheh sembang kencang rupanya
antivaksin pun bukan semua suci kaki sembang pun ramai hihihihi  |
|
|
|
|
|
|
|
xboleh saman nak saman siapa sbb ada perjanjian rahsia gov dengan pengeluar
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menang saman. Masukkan artikel nak susahkan antivaksin ni |
|
|
|
|
|
|
|
@dwdrums tersenyum sinis....the past two yrs bonus gumuks...vaksin surpassed target sales.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh, baik saman tuhan je terus kan???? |
|
|
|
|
|
|
|
yang dah mati pun ada
mati katak |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 17-11-2022 04:17 PM
kenapa tak saman sekali pengeluar vaksin tu? sebab diaorang la semua manusia kat dunia ni kena vaksi ...
aiyoooo..bacalah artikel jgn baca tajuk je |
|
|
|
|
|
|
|
Saman government dan kementerian lah baru logik sikit, 2 org makhluk ni menjalankan tugas bagi pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam group tele ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kan ada aggrement gov mana2 negara xboleh dedahkan kepada public setahu kaka. antara yg kaka faham no country boleh sue back tengok borang masa nak cucuk pun boleh faham sendiri.
borang tu risk at ur own yang ada kotak2 tu. bagi kaka tu rela paksa. dengan borang tu je xboleh saman yang suruh vaksin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg pelik bila ramai yg puja si kj ni..apa je jasa dia??
kalaupun Msia ni dah takde covid bukan sbb jasa dia pun tapi jasa pencipta vaksin iaitu pfizer,sinovac etc..so klau nak bterima kasih,please thank pfizer not him..
stakat suruh rakyat cuxuk vaksin Adham Baba air suam pun boleh buat ler |
|
|
|
|
|
|
| |
|