View: 1735|Reply: 28
|
Kerani Nak Beli Kereta Harga RM37,500, Kena Tipu Sampai Habis RM850,901
[Copy link]
|
|
Sibu: Hasrat seorang kerani am wanita memiliki sebuah kereta mewah malah rugi RM850,901 akibat diperdaya sindiket penipuan kenderaan terpakai tidak wujud di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia 50-an itu berurusan dengan suspek melalui aplikasi 'WhatsApp' pada Julai lalu selepas tertarik dengan iklan penjualan kenderaan terpakai dari Singapura.
"Mangsa berminat untuk membeli Lexus RX300 Luxury Sunroof 2019 pada harga RM37,500 dan perlu membayar ansuran bulanan RM625 bagi tempoh lima tahun.
"Bermula 14 Julai hingga 18 Ogos lalu, mangsa membuat pembayaran RM850,901 melalui 170 kali transaksi ke 14 akaun bank bagi pelbagai tujuan pembayaran," katanya pada kenyataan hari ini.
 Gambar Hiasan
Kata beliau, kononnya, antara pembayaran yang perlu dibuat ialah pembayaran untuk urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen Import (AP), cukai kastam, bayaran perkhidmatan kontena dan sebagainya.
"Mangsa juga diugut akan dikenakan tindakan undang-undang kerana telah membuat urusan pembelian kereta terpakai secara haram oleh ejen penjualan," katanya.
Menurut beliau, untuk melunaskan pembayaran itu, mangsa menggunakan wang simpanan selain pinjaman daripada rakan dan syarikat pemberi wang pinjaman berlesen," katanya.
Zulkipli berkata, laporan berhubung kes itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kelmarin.
Orang ramai dinasihati supaya melakukan semakan sebelum melakukan sebarang pembelian kenderaan di atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh.
Dah bolih beli Porsche kalau duit banyak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Naya kwn2 sedara mara adik beradik yg mn bg pjm duit tu mmg smpai kiamat la duit korang x brbyr |
|
|
|
|
|
|
|
Nak beli keta 38 ribu je tapi kau bayar sampai 20 kali ganda tu kenapa???
Jab jab kerja kerani apa ni ada sampai lebih RM800K, kalah friska yg laki jusa c dgn ada kedai makan tepek ss ac bank sotong semata nak tunjuk dia berduit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Lexus pada RM625 sebulan...adoiii...Kau beli myvi aje la kalau mampu bayar sebanyak itu aje |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kerani banyak gila duit..
Even kwsp pun sampai 800k ha duit kau..
Ke kerani byk kje part time lain.. scandal boss ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 17-11-2022 02:18 PM
Nak beli keta 38 ribu je tapi kau bayar sampai 20 kali ganda tu kenapa???
Jab jab kerja kerani apa n ...
Kerani cina..kerja dengan tokey cina.gaji riban2 der..lain la kerani melayu,kja co cina..rm1200 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 tak baca habis ke apa.. sheol guna saving dan pnjam kengkawan, pnjam ahlong kan byr 800k tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak logik langsonggggg keta 37k tp pi bayar sampai 800k.. so dapat ke tidak kereta tu? Huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
lexus 2019 rm38k?
Selayaknya kena scam. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit dia ada...850K? |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 17-11-2022 02:45 PM
Kerani cina..kerja dengan tokey cina.gaji riban2 der..lain la kerani melayu,kja co cina..rm1200 sa ...
Hahahahah ini betul |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak buruk sangka sbb nmpk 850k.
Sekali dah baca, baru tau dia dok minjam sana sini.
Tak jadi buruk sangka.
Tapi aku tukar ke kata2 kejian.
Wahai kaka kertu kerani, kau bodo. Kbai. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai penipu kat luar sana. makan duit haram. selagi tak nampak balasan depan mata selagi tu pada mereka kerja scammer tu halal |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahha ini betullll.. kerani cina mmg boleh kaya maaaa...kerani melayu sampai pencen dia hambakan kau merempat miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
dia menabung dari kecil
masa muda makan Boi felen bayarkan
cuti2 sugar dedi spoNser
dah tua cuti gi Miri je tu pun naik bas
so banyaklah duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau tu kerja kerani je.. nak pakai Lexus buat apa dik? 37k tu layak beli Axia je...
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta singapore jgn belilah. kau beli lepas 6 bulan sangkut , kalau kereta kena tarik xpe. tp kena dakwa mahkamah semua. tu semua kereta klon.
xde duit usaha kerja keras . jadikan impian tu sebagai realiti bukan cari jalan short cut sondol kereta singapore.
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit tapi bodohhhhhhhhhhhhhhhhn |
|
|
|
|
|
|
| |
|