CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 2

'Ketua PAS Perak Bod*h! Kamu Tidak Reti Orang Putih' - Anwar

[Copy link]
Post time 17-11-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pihak tertentu dalam Pas yang menggunakan agama untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap dirinya dalam tempoh berkempen.


Menyentuh kenyataan Ketua Pas Perak Razman Zakaria baru-baru ini, Presiden PKR itu menegaskan Islam tidak membenarkan perbuatan fitnah.




FB Anwar




“Ketua Pas Perak ini bodoh! Mana boleh orang Islam cakap begitu. Dia kata begitu sebab dengar temubual saya dengan BBC.


“Kamu tidak reti orang putih (Bahasa Inggeris). Dengarlah dulu apa yang saya kata. Jangan fitnah, kita semua nak menang termasuk saya. Tetapi jangan khianat, jangan fitnah orang, jangan maki hamun orang,” katanya.


Anwar mengulas dakwaan Razman yang mengatakan beliau akan mempromosikan LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis.


Ekoran itu Anwar telah menghantar surat tuntutan maaf dan ganti rugi kepada Razman.


Walau bagaimanapun Razman menegaskan tidak akan tunduk kerana mendakwa beliau tidak memfitnah Anwar.


Ujarnya dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan agenda songsang yang terserlah dalam pemerintahan PH selama 22 bulan.


Anwar berkata sebelum ini beliau tidak mahu menyerang Pas kerana hormat terhadap perjuangan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bersama-sama pembangkang sebelum ini.




Sumber: MalaysiaGazette






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 03:08 PM | Show all posts
aik...dia ckp org boleh..
bila org ckp dia..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:49 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.571102 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list