View: 730|Reply: 2
|
Tertidur Ketika Jaga Ibu Di Hospital, Gadis Menangis Bila Tersedar Dicabul Jururawat
[Copy link]
|
|
Gadis berusia 18 tahun berdepan nasib malang apabila dia mendakwa dicabul jururawat lelaki, Isnin lalu, lapor Kompas.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai De, kejadian berlaku ketika dia bermalam di hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit.
 Gambar hiasan
Mangsa yang berasal dari Bandaraya Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia menyedari dirinya dicabul seorang lelaki sekitar jam 3.30 pagi.
"Memang benar kes ini sudah dilaporkan kepada kami," demikian komen ringkas Komisioner Kanan Polis, Rishian Krisna pada Rabu petang.
Berdasarkan laporan polis, Krisna berkata kejadian bermula ketika De menjaga ibunya yang sakit dan dirawat di salah sebuah wad dalam hospital berkenaan.
"Ketika itu De tidur di sebelah ibunya. Dia sengaja tutup lampu sewaktu tidur, jadi wad berada dalam keadaan gelap.
"Sekitar jam 3.30 pagi, De terjaga kerana merasakan ada seseorang di sebelahnya. Mangsa juga merasakan ada perbuatan lucah dilakukan jururawat berkenaan.
"De bangun dan mendapati ada seorang jururawat lelaki di sebelahnya. Jururawat itu mengaku sedang membaiki alat IV yang melekat pada tangan ibunya.
"Selepas itu, De segera menangis. Jururawat itu didakwa mencabul De untuk masa yang lama sehingga De tersedar dari tidurnya," ujar polis lagi.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
baru faham kenapa friska suka tidur di hospital malaysia berbanding indon sambil menjaga majikan isteri jusa c minus. |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|