Seorang wanita berusia 60 tahun ditemui maut dalam keadaan bertelekung.
Dia dipercayai dibakar oleh anak tirinya sejurus selepas mangsa mendirikan solat subuh.
Aceh Tribunnews melaporkan, insiden yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 11 November lalu dipercayai berpunca selepas suspek, Diana Hasibuan datang ke rumah mangsa, Nurhayati Dalimunthe dan memberitahu bahawa dia ingin membunuh diri.
Diana dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan susulan dilucutkan daripada jawatan sebagai Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat Hutagadong yang disandang dari 2013, kira-kira dua bulan lalu.
 Suspek (kiri), Mangsa (kanan), Foto: Aceh Tribunnews
Dia kemudian ditempat di Pusat Kesihatan Maysarakat Tanjung Medan di Labuhanbatu Selatan sebagai petugas kesihatan biasa.
Lebih membuatkannya tertekan adalah tempat kerja tersebut agak jauh dari kediamannya.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Labuhanbatu, Rusdi Marzuki, suspek berang selepas niatnya untuk membunuh diri dihalang oleh mangsa.
Selepas mendengar jawapan tersebut, suspek bertindak menyiram petrol ke tubuh mangsa sebelum membakarnya.
Jeritan mangsa meminta tolong didengari oleh jiran tetangga dan anak tirinya yang lain namun tidak sempat diselamatkan.
Mayat mangsa yang masih bertelekung ditemui dalam keadaan melecur. Susulan daripada itu, suspek yang berusia 46 tahun itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Difahamkan, suspek mempunyai hubungan yang baik dengan mangsa malah dia sangat menyayangi ibu tirinya itu namun tidak pasti mengapa suspek nekad bertindak sedemikian. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.-CARI |