CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Selangor] LRT terkandas: 200,000 pengguna terjejas

  [Copy link]
Post time 9-11-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kumpulan Prasarana akan meneliti mengenai pemberian pampasan ataupun bayaran balik kepada pengguna yang menggunakan pas bulanan MY50 tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail laluan Kelana Jaya yang terjejas ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, perkhidmatan tren tersebut terpaksa dihentikan selama tujuh hari bagi memberi laluan kepada proses mengenal pasti punca masalah teknikal yang berlaku.

Beliau berkata, pihaknya juga kesal apabila masalah teknikal itu telah menjejaskan kira-kira 200,000 pengguna perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya.

“Gangguan telah bermula pada Sabtu yang lalu berpunca dari komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang tidak stabil. Ini adalah masalah yang pertama kali kami hadapi, ia adalah masalah yang rumit.

“Pihak jurutera kami telah mencari solusi, bagaimanapun tiap kali temui solusi ia hanya bertahan satu ke dua hari. Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan pakar pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi membantu kami mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu, perkhidmatan tren perlu dihentikan atas tujuan keselamatan pengguna.

“Kita mahu pastikan tren dapat berfungsi dengan baik pada 16 November nanti dan masalah sama tidak berulang sekiranya perkhidmatan tren dihentikan dalam masa dua ke tiga hari sahaja.

“Untuk menyokong penutupan 16 stesen ini, pihak Rapid Rail juga telah menyediakan lima laluan alternatif kepada penumpang-penumpang termasuk menyediakan sebanyak 73 buah bas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azharuddin berkata, Prasarana sudah membincangkan penyelesaian jangka masa panjang iaitu dengan menukar sistem secara keseluruhan yang telah pun mendapat kelulusan dari lembaga pengarah dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Sebelum ini, sering berlaku masalah berkaitan dengan tren. Ia berbeza dengan apa yang kita hadapi sekarang di mana masalah berlaku berpunca dari sistem.

“Bagaimanapun, kita telah dapat kelulusan untuk menukar segala komponens serta sistem yang sudah ‘berusia’ ini. Ia akan dilaksanakan nanti, tetapi apa yang berlaku ketika ini benar-benar di luar jangkaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -pengguna-terjejas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.241974 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list